Sunday, October 10, 2010
Dari Galas ke Batu Sapi
Ini betul-betul takdir.Belum lama, cuma April lalu saja berlangsung pilihanraya kecil Hulu Selangor di semenanjung dan Mei di Sibu,Sarawak.
Di Hulu Selangor kerana kematian Ahli Parlimen PKR manakala di Sibu kematian Ahli Parlimen BN.
Kini di Galas untuk pilihanraya kecil 4 November kerana kematian Ahli Dewan Undangan Negeri PAS,manakala di Batu Sapi,yang belum ditentukan tarikh pilihanraya kecil lagi ialah kerana kematian akibat kemalangan Ahli Parlimen BN di situ.
Senarionya dan jarak waktunya hampir sama dan kebetulan satu di semenanjung dan satu di Malaysia Timur.
Apa yang menjadi tandatanya ramai bagaimana rupa bentuk keputusan kali ini.2-0 bagi BN atau seri 1-1 atau 0-2 bagi Pakatan.
Senang cakap Galas dan Batu Sapi pasti akan menjadi medan ‘ perang besar’ bagi BN dan Pakatan. - Agenda Daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment