KUALA LUMPUR – Para penonton TV1 yang menunggu siaran Berita Nasional TV1 yang sepatutnya disiarkan pada pukul 8 malam tadi terkejut apabila siaran berita itu terlewat dan hanya dimulakan 12 minit kemudian.
Kelewatan yang agak lama itu menimbulkan kehairanan banyak pihak terutama peminat setia siaran Berita Nasional yang disiarkan oleh RTM kerana biasanya ia ke udara tepat pada pukul 8 malam.Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, beliau masih belum menerima laporan lengkap mengenai kelewatan itu.
“Saya diberitahu tentang kelewatan itu semasa permulaan siaran dan mengarahkan supaya perkara itu diatasi segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau kini berada di Tokyo, Jepun. Ibrahim berkata, beliau belum pasti punca sebenar yang mengakibatkan kelewatan siaran tersebut tetapi memberi jaminan akan menyiasat masalah itu. - Kosmo
Nasionalis1982 : Apahal ni...protes sebab tak dapat bonus ke? Tak mungkinlah...hehe. Kita tunggu penjelasan RTM.
10 comments:
ramai yg tak perasan mengenai kelewatan berita RTM.
lagipun kebanyakan dari kita setia dengan buletin utama TV3.
apa kata letakkan pembaca berita RTM yg cun2...mesti ramai yg tonton. hahaha...
jangan marah RTM. melawak je. hehe
Salam,
Banyak kelemahan didalam sistem penyiaran RTM. Walaupun boleh dikatakan RTM memiliki sistem yang setanding dengan negara luar, tetapi penyelarasan dan pengunaannya terbatas.
Jurutera RTM tidak benar benar fasih tentang kejuruteraan penyiaran kebanyakan mereka datang dari kejuruteraan elektronik.
ini adalah dua bidang yang berbeza.
Semoga RTM dapat meningkatkan prestasi dan kualiti..
apa hal tengok berita Tv1, orang dah berzaman tengok berita tv3, tv1 itu untuk tengok national geographic dengan agro
Apa nak dihairankan dengan hal kelewatan berita RTM?? RTM ni memang memualkan. Semua rancangan terbitannya kelihatan ketinggalan zaman dari segi audio visual, prop, set studio dan kualiti suara yang memualkan terutama bila iklan mula dikeudarakan,bila commercial break di RTM ni, suaranya tiba2 macam menjerit sehingga boleh mengejutkan orang yang sedang tidur, tapi tak usahlah kita menegur RTM kerana mereka semua lebih handal dan lebih bijak dari orang lain, kalau malu nak belajar dari MEDIA PRIMA, belajarlah dari AWANI yang baru setahun jagung dalam dunia penyiaran tapi lebih maju kehadapan dalam mutu penyiarannya. Rais pula sibuk dengan masalah peribadinya yang tak sudah2. Kesian RTM......
KSU KPKK tido??...zzzz
rtm tok sah risau la, tak ramai yg perasan sebab tak ramai yg tengok rtm, kalau yg takde astro paling tidak tengok tv3 atau tv9.
Kalo dia lewat 1000 kali sekalipun, ader aku kesah. Bukan tengok pon.hahahaha
moga-moga ada wakil dari RTM yang baca komen2 di atas.
Siaran berita lambat 10 minit ke, 20 minit ke, kebanyakan penonton dah tak ambil kisah atau peduli. rata-rata dah tak minat tonton berita tv1.
apa perancangan pak menteri rais yatim?
aku tengok jugak.aku tgk kartun cina,india dan melayu yang berjoget-joget tuu..aku ingatkan rtm buat gimik..seronok jugak tgk kartun 1malaysia tuu..geleknya,,,fuhh..
aku agak mesti pembaca berita sangkut traffik jam atau pun salah seorang sakit perut.hee..hee..jgn marahh..gurau je
tv1 ???....dh dkt 10 taun kot tak tgk... :p...skrg lagila..dh ade anak2 ni tv kene tgk disney chanel jek...
Post a Comment