Saturday, October 9, 2010

PAS jadi ‘budak baik’ depan Ku Li


Ketika BN menamakan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas, parti PAS tiba-tiba diserang penyakit sawan gila babi yang amat serius. Ingatkan penyakit yang dialami oleh PAS akan membawa mereka hingga tahap mampus. Rupanya, tidak. PAS sudah kembali sembuh seperti sedia kala.


Ini terbukti apabila Ku Li yang baru tiba dari luar negara dan secara rasminya menerima pelantikan sebagai Pengarah Pilihanraya BN DUN Galas. Penyakit sawan babi PAS terus hilang. PAS tiba-tiba jadi budak baik . Senyap pula macam baru lepas ‘mimpi basah’.


Ini kerana menurut Mursyidul Am PAS iaitu N.Ajis , PAS tidak kisah siapa pun calon UMNO. Yang ditentang ialah dasar perjuangan dan bukan individu.




Pulak ...PAS dah konar baring 360 darjah. Ketika Ku Li berada di luar Negara, PAS bukan main kata itu ini. Seolah-olah Ku Li itu dilihat ‘berperang besar‘ dengan UMNO. Tapi bila Ku Li dah balik ke Malaysia, tiba-tiba pulak PAS tukar nada. Jadi budak baik pula. Pijak semut pun tak mati.


Nampak sangat PAS macam takut. Mana tau kot-kot Ku Li dicalonkan pula bertanding kerusi DUN Galas. Jika menang, confirm Ku Li akan jadi ketua pembangkang di DUN Kelantan. Perghh…


Jika rezeki Ku Li terus berpanjangan, mungkin UMNO boleh letak Ku Li sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang baru dalam pilihanraya umum akan datang. Menggantikan N.Ajis yang dah lama ‘bertenggek’ atas kerusi MB tu.


No comments: