Tuesday, October 12, 2010
Ini saja cara mengelakkan penumpang bas tercampak keluar
Segala cadangan dan pandangan sudah diberikan bagi mengelak berlakunya kemalangan maut yang melibatkan bas. Bermula dengan pemasangan kotak hitam, penggunaan pemandu gantian, polis menyamar jadi penumpang, ujian air kencing terhadap pemandu bas, pendek kata macam-macam lagi lah.
Kita boleh lihat bas yang dipandu dalam keadaan laju boleh menjurus kepada hilang kawalan. Penumpang akan merasa seperti terumbang ambing dan boleh 'melayang keluar' dari tempat duduk masing-masing. Paling bahaya jika penumpang tercampak keluar dari bas dan diseret. Nyawa pun boleh melayang.
Jadi, jalan penyelesaian terbaik adalah pemasangan tali pinggang keledar bagi setiap bas ekspress. Itu sahaja cara yang terbaik yang ada. Namun ia masih belum dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Kepada pihak berkenaan, pertimbangkanlah cadangan ini. Semua kenderaan yang bergerak laju seperti kereta, lori, van bahkan kapal terbang, semuanya ada tali pinggang keledar. Bas ekspress saja yang belum. Sampai bila lagi nak tunggu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salams
Seorang mangsa bas yang rodanya mengadap langit kelmarin,berkata drebar bas macam formula One!Renungkan lah.
wawa
10-10-10..perkahwinan angkasan negara pun tenggelam dengan peristiwa tragis ni..
btw, cadangan yg bagus. bas perlu ada tali pinggang keledar
aku pun pelik knp belum ada undang2 menguatkuasakan pemakaian tali pinggang dlm bas ekspres. Masa aku gi UK dulu, dh macam naik kapal terbang, driver akan berjalan dan pesan pakai tali pinggang sebelum dia mulakan perjalanan. So mana lebih berharga, nyawa manusia atau kos upgrade bas(utk pasang tali pinggang)? Klau ni pon xleh jawab, x tahu la...
setakat ni ade la beberapa buah bas yg ade tali pinggang, syabas diucapkan.
Bas ekpres perlukan kotak hitam dan talipinggang keledar!
Kalu pun pakai tali pinggang keledar harus badan Putus Dua...x perlu pakai tali sebenarnya...karut je...yang penting tak laju melebehi 100km/j.
apa kata kita haram kan kenderaan berEngine... yang boleh..kereta kuda..kereta lembu.. insyallah mesti takde kemalangan macam ni.. mesti korang semua tak setujukan.. selalu aku membebel tgk bas dipandu lebih 140km/h kat highway...
fahmi
Post a Comment