Wednesday, October 27, 2010

Galas : Ku Li Jelaskan Tidak Iring Calon


GUA MUSANG: Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan ketiadaannya mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff ke dewan pusat penamaan calon pada Selasa bukan sesuatu yang pelik.Ini kerana, kata Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas itu kerana beliau berkumpul dan meluangkan masa bersama penyokong di luar dewan itu.


Amalan itu tambah beliau, merupakan amalan tradisinya selama 35 tahun sebagai Ahli Parlimen kawasan ini.


"Secara tradisinya begitu, malah sewaktu saya sendiri bertanding, saya hanya menghantar ejen bagi mengemukakan borang pencalonan dan semua dokumen yang berkaitan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).


"Malah pernah sekali dahulu saya minta orang asli menjadi ejen sayasemasa bertanding di kerusi Parlimen," katanya dalam satu temuramah dikediamannya pada Selasa malam.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ketiadaannya bersama calon, pemimpin Umno dan BN yang lain di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang semalam.


Ketiadaan Ku Li menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanyaberkaitan dengan calon yang dipilih BN bagi menentang PAS dalampertandingan dua penjuru itu.


Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya BN bagi pilihanraya kecil DUN itu dilihat turut berkumpul bersama calon, pengundi dan penyokong BN di luar pusat penamaan calon namun tidak turut serta masuk ke pusat penamaan calon. - Mstar


1 comment:

Anonymous said...

ada jugak penjilat dubor DAP nak spin ketiadaan Ku Li. sah diaorg dah kering isu.