Wednesday, September 22, 2010

Kenapa DAP heret blog Pisau.net ke SKMM ?


Kita tentu masih ingat kes seorang penulis blog bernama Hassan Skodeng yang telah didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 kerana memuat-naik artikel berbentuk parodi atau satira di blognya. Artikelnya itu telah menyebabkan Tenaga Nasional Berhad(TNB) membuat aduan rasmi kepada SKMM dan tindakan itu nampak ‘berkesan’ kerana TNB berjaya mengheret Hassan Skodeng ke mahkamah.

Kebanyakan blogger dan kumpulan tertentu dilihat bangkit mempertahankan tindakan Hassan Skodeng termasuklah juga parti DAP.DAP yang kita lihat berada dalam kedudukan ‘langsung tiada kaitan’ dengan kes tersebut membidas tindakan SKMM mengheret Hassan Skodeng berhubung tulisannya itu. Lim Guan Eng berkata tindakan itu bukan sahaja “keterlaluan tetapi juga mengarut.” Terbukti, dalam kes Hassan Skodeng, DAP menghentam SKMM.

Terbaru adalah kisah mengenai penulis blog Pisau.net. Satu negara gempar bila blog tersebut membuat pendedahan berani mengenai wang Ehsan yang diberi oleh kerajaan DAP Penang kepada warga emas negeri itu adalah dari sumber judi.DAP dilihat panas punggung dengan pendedahan blog Pisau.net. Jadi, apa tindakan DAP? Buat laporan polis? Tidak…tidak. DAP nampaknya ‘tidak berani’ buat laporan kepada polis. Mereka mencari SKMM.

Dalam kes Hassan Skodeng dulu, mereka mengutuk dan membidas SKMM. Kini mereka terhegeh-hegeh pula buat aduan rasmi kepada SKMM atas dakwaan artikel yang disiarkan dalam blog Pisau.Net adalah tidak berasas dan bertujuan memfitnah kerajaan negeri.

TNB berjaya heret Hassan Skodeng ke mahkamah bila mereka buat laporan kepada SKMM. Kini, DAP lakukan cara yang sama. Mereka harapkan SKMM ambil tindakan yang sama ke atas blog Pisau.Net. Nampaknya. DAP sudah berubah. Mereka tidak lagi membidas SKMM. Mereka sekarang dah 'sayang' SKMM.

Pisau.net usah gentar. Berani kerana benar, lawan tetap lawan !


7 comments:

Anonymous said...

DAp buat SKMM pening kepala...

ISAC said...

DAP benci tapi rindu dgn SKMM

ISAC said...

Bro, blog aku dah ok...

Nasionalis1982 said...

isac, sudah aku link kan semula.

Unknown said...

DAP meniru gaya abang kandungnya PAP di singapura , sikit2 lapor ..sikit2 saman , !

tapi kalau kena pada dia , dia kata itu keebebasan dan hak asasi individu !
kalau orang lain yang buat semuanya salah ,

Bangsa melayu kena melawan , Melayu kena berani dan harus belajar untuk kurang ajar , zaman ini bukan zaman bermadah pujangga berpantun seloka , ini zaman siapa gigi tajam akan menggigit ..siapa tada gigi kompom isap bibir je !

keras lawan keras , taktik lawan taktik , ..

Anonymous said...

bagaimana SKMM? kamu nak layan ke aduan DAP tu?

pisau said...

terima kasih sahabat atas sokongan.

berani kerana benar,dah tak lama nanti hangit la guan eng tu.. :-)