Friday, September 3, 2010

Apa jadi janji nak jual kuarters Exco Selangor di Seksyen 7 ?


Dipetik dari laman web Agenda Daily

Assalamu`alaikum warga Agendadaily, Saya seronok baca berita-berita yang dikeluarkan oleh Agendadaily terutama tentang apa yang berlaku di Selangor sejak dipegang pembangkang. Seronok membaca pembongkaran tentang janji-janji manis pembangkang yang 'cakap tak serupa bikin' dan berjaya mengabui mata rakyat termasuklah saya untuk mengundi mereka dalam PRU12 dulu. Ternyata kini mereka semua pakar main wayang semata-mata. Bercakap dan berjanji memang mudah, nak mengotakannya lain perkara.

Saya suka kalau Agendadaily membongkar pula cerita tentang rumah kuarters exco Selangor di Seksyen 7 yang dulunya jadi modal menghentam kerajaan BN. Saya masih ingatlah janji-janji mereka masih berkempen di padang permainan di Seksyen 7 Shah Alam untuk PRU12 dulu. Masa itu Hassan Ali berteriak sambil menuding ke arah rumah-rumah eksklusif banglo berkembar itu yang terletak berhampiran padang tempat berkempen dan kata, "Bila kita menang SAHAJA di Selangor ni, kita akan jual rumah-rumah itu dan duitnya kita gunakan untuk manfaat orang Selangor. Atau, kalau tidak jual, kita jadikannya rumah kebajikan!" Kata-kata Hassan Ali itu disambut tepuk sorak gemuruh pada hadirin semua.

Saya nak tahu, apa sudah jadi pada rumah-rumah itu sekarang? Saya duduk di seksyen 7 dan selalu lalu di hadapan rumah-rumah itu dan saya tak nampak pun janji-janji itu dikotakan. Keadaannya masih sama macam ketika BN memerintah Selangor dulu.

Saya sebagai rakyat Selangor mahu tahu apa yang telah dibuat oleh kerajaan Khalid Ibrahim terhadap rumah-rumah itu. Jangan buat tak tahu dengan janji-janji masa nak memancing hati rakyat pada tahun 2008 dulu. Sekarang sudah hampir penghujung 2010 - Imam Abdullah



Benar kata En Imam Abdullah itu. Selepas berakhirnya pilihan raya umum lalu, PKR begitu kuat berkokok mahu kerajaan negeri Pakatan Rakyat menjual 10 buah banglo kediaman Exco di Seksyen 7 Shah Alam. Alasan yang diberi adalah kesemua Adun Selangor dan Ahli Parlimen PKR dah ada rumah sendiri, kos penyelenggaraan tinggi, pembaziran serta kediaman itu terlalu mewah. Apabila penyokong tegar Pakatan Rakyat mendapat tahu hasrat murni kerajaan negeri mereka ini maka bergembira sakan lah mereka. “Bagus..setuju..tak sia-sia aku pangkah calon Pakatan Rakyat pada 03-08-2010”


Alkisahnya…impian itu tidak menjadi kenyataan. Mengapa?


Merujuk kepada jawapan yang diberikan dalam Dewan Undangan Negeri pada 13 Julai 2009, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak melakukan sebarang penilaian harga terhadap banglo-banglo itu kerana bukan menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk menjualnya. Pada mulanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat hendak menyewakan banglo-banglo ini untuk sewaan jangkapanjang. Mungkin publisiti buruk yang menyelubungi banglo-banglo ini yang menyebabkan kita susah untuk mendapatkan penyewa. Mungkin kepada masyarakat Cina, “feng shui”nya kurang baik dan tidak mahu tinggal di sana. Tetapi mungkin sebab utamanya adalah banglo-banglo ini merupakan simbol pembaziran Barisan Nasional maka kurang menarik kepada para penyewa jangkapanjang. (Anda sudah jadi kerajaan negeri tapi masih menunding jari pada orang lain. Adakah anda lupa, bila satu jari ditunding pada orang lain, 4 jari menunding ke diri mereka sendiri..memalukan sungguh)


Hmm….ingatkan hasil penjualan banglo itu dapat disalurkan untuk pembangunan negeri, untuk manfaat rakyat, tapi malang sekali. Janji bagai nak rak, tapi hasilnya macam haprak. Inilah akibatnya bila sedap sangat melalak dan berjanji atas pentas ceramah.



2 comments:

Gerakan Timur said...

sikap fuckatan haram camtu lah bro.. asyik nak salahkan orang lain je. Dia mungkir janji, tapi salah tetap salah UMNO BN... kasihan penyokong tegar mereka, dibodohkan, diheret kesana kemari seperti kambing...

Anonymous said...

dulu memang diaorg berdegar2 nak jual banglo tu..last2 senyap..cadangan ke mana..keputusan pun kemana...

janji tinggal janji..bukankah itu munafik?