Monday, August 9, 2010

Kilang Carlsberg : Rupanya dalam hati ada taman


Kalau tidak kerana posting beliau dalam blognya sendiri, mungkin satu orang pun tak tahu bahawa ada lawatan seorang ahli Parlimen PAS ke kilang memproses air kencing setan di Shah Alam. Bagus juga ada blog kan? Boleh promote aktiviti sendiri. Harakah pun cedok cerita dalam blog dia. Mungkin wartawan HAPRAKah tak dijemput bersama ke lawatan tu. Kesian.


Ada orang kata lawatan itu sebagai ‘pertama kali dalam sejarah’. Ada yang kata juga lawatan itu memecahkan kepantangan(tabu). Ya lah…lebih-lebih lagi lawatan itu diketuai oleh seorang pemimpin parti Islam (kononnya). Jika kamu labelkan lawatan itu sebagai amat bersejarah, jadi aku cadangkan kepada media parti itu, buatlah dokumentari yang bertajuk “Hari Ini Dalam Sejarah : Lawatan Ahli Parlimen PAS Ke Kilang Memproses Air Kencing Setan”. Kemudian tayangkan dalam media korang yang bernilai RM15 juta disponsor oleh rakyat dalam segmen yang dikhaskan. Buat macam segmen Hari Ini Dalam Sejarah di RTM tu. Tayang tiap-tiap tahun pada tarikh lawatan dibuat. Mesti gempak. Rating bakal mengalahkan jumlah penonton Buletin Utama.


Berdasarkan sumber, pemimpin parti Islam(kononnya) melawat kilang itu bagi membincangkan cadangan pemindahan stesen bas Shah Alam daripada Sekyen 16 ke tapak itu. Menurut kamus dewan edisi terbaru keluaran Mac 2008 yang diterbitkan oleh Parti Islam itu selepas PRU12, itu tiada lagi agenda menggunakan perkataan ‘tutup’ kilang arak. Yang sah dan sahih digunakan adalah perkataan ‘pindah’ kilang arak. Harap maklum. Jadi, setiap kali ayam berkokok menjelang fajar menyinsing, jangan perasanlah korang nak tengok kilang arak kena tutup. Janji tinggal janji.


Hasrat pemimpin itu mungkin boleh dipuji. Tapi sayang. Beliau keseorangan. Tiada pula gerombolan Gerakan Membantah Judi(GMJ) mengikut sama. Atau ada baiknya kepala gerombolan itu turut menubuhkan satu gerakan dipanggil Gerakan Menutup Kilang Arak (GMKA). Dengarnya, korang sanggup berkempen anti judi hingga ke Genting Higlands. Tapi kilang proses air kencing setan ni yang lokasinya cuma di sebelah Federal Highway korang tak pegi. Adakah pungkok korang makin berat untuk terjah ke situ?


Hasil keputusan lawatan, kemungkinan kilang itu berpindah adalah tipis. Katanya kos mahal. Kerajaan negeri tak dapat tanggung. Baru ku tahu, sungguh lembut hati mereka. Masa berkempen dalam ceramah, cakap bukan main berdegar-degar. Macam nak runtuh pentas ceramah. Tapi bila bersemuka, lain pulak ceritanya. Tiada istilah tutup kilang arak. Yang ada cuma pindah. Misi itu pun tak berjaya. Sah…dalam hati ada taman.



3 comments:

ISAC said...

Bro, jangan dalam hati ada mabuk udah le...

Mabuk kuasa, mabuk duit, mabuk perempuan, dan ada macam2 mabuk....

Chelsea semalampun main mcm "keling mabuk"... :)

MymassaVoice said...

khalid samad...dalam hati sume ada, gereja, kuil, salib...iman aje takde

Gas said...

wah...dasatnya, leh tau iman khalid samad ada ke takder...tinggi sungguh ilmu qasyaf tuan...