Monday, August 2, 2010

Dalam diam, RPK 'berjaya' tunda kes liwat Anwar.

Gambar lori tunda di atas tiada kena mengena dengan kes Anwar yang asyik ditunda.
Dan errr...orang yang memandu lori itu bukanlah Karpal Singh. Jangan keliru ye. Harap maklum.



Pada 19 Julai, kes liwat Datuk Seri Anwar ditangguh selama 15 hari kerana ketua pasukan peguambelanya,Karpal Singh dapat cuti sakit.Hari ini sambung cuma sekejap saja dan ditangguhkan ke 9 Ogos pula.

Penangguhan ini dibuat untuk mahkamah mendengar permohonan Anwar agar kes liwatnya digugurkan guna alasan laporan yang mendakwa adanya hubungan romantik antara saksi utama Saiful Bukhari Azlan dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa,Farah Azlina Latif.

Dakwaan itu dibuat menerusi laman web Malaysia Today yang dikendali oleh Raja Petra Kamaruddin.

Selasa lalu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

Pagi Isnin,seperti diduga bila mahkamah sambung perbicaraan dan Karpal Singh kembali bertugas dakwaan mengenai hubungan Saiful-Farah menjadi modal baru pasukan peguam Anwar untuk tuntut agar kes digugurkan.

Karpal Singh yang menfailkan permohonan gugur kes mendakwa hubungan Saiful-Farah telah menjejaskan pihak pendakwa.

Dakwanya dengan adanya hubungan itu ada kemungkinan Saiful tahu mengenal segala proses siasatan.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II,Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mempertikaikannya.Katanya dakwaan mengenai hubungan Saiful-Farah kosong tanpa sebarang asas.

Setelah mahkamah rehat seketika Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah memutuskan perbicaraan ditangguhkan ke 9 Ogos untuk mendengar permohonan gugur kes itu.

Sebelum ini perbicaraan kes liwat Anwar telah tertangguh beberapa kali kerana isu-isu teknikal termasuk permohonan mahukan dokumen perubatan dan sebagainya.-Agenda Daily



Kalau tiada kera, masakan pokok boleh bergoyang. Nak tahu siapa kera yang tu? Siapa lagi kalau bukan Raja Fitnah Kamaruddin (RPK). Kera ni lah yang menggoncangkan pokok hingga bergoyang. Semua orang tahu siapa RPK sebenarnya. Jadi, bolehkah kita percaya kepada dakwaan yang ditulis oleh beliau di dalam laman web Malaysia Today tu? Yang paling aku musykil, macam mana dakwaan mamat botak ni boleh digunapakai oleh team Anwar sebagai alasan untuk tunda kes liwat ni. Nak kata ia relevan..tak jugak. Nak kata ianya dari sumber sahih??..perghh… sumber dari RPK tu beb..dari RPK!



2 comments:

Anonymous said...

lepas ni lak RPK sebar cerita Saiful ada hubungan dengan pendakwaraya lelaki lak pasal team pendakwaraya perempuan dah takde...ada kemungkinan pasal saiful dah kena liwat...AnWar musti nak spinning pasal dia sendiri dah ngaku liwat saiful...hehehehe

agbr47 said...

Keputusan yang telah di duga oleh seluruh rakyat Malaysia.

agbr47: Kejanggalan kerana bidang kehakiman tunduk kepada permainan penjenayah.