Thursday, August 5, 2010

Petisyen Zaid ditolak. 'Lembu' bakal bergelimpangan?


Aku ada satu amaran nak bagitau. Bila anda memandu kereta, motor, bas atau lori pada hari ini, tolong hati-hati. Aku ulang. Tolong hat-hati ketika memandu.


Pastikan anda fokus dan kosentret. Tangan mesti siap sedia di stereng. Pandang jalan di hadapan dan jangan toleh kiri kanan semata-mata nak hilangkan lenguh leher. Kalau boleh, jangan memandu sambil makan, merokok atau bercakap dalam henpon. Aku bukan apa. Takut nanti anda tak sempat nak elak ‘benda’ ni, kang tak pasal-pasal terlanggar pulak.


Sekadar nak peringat. Lembu baring atas jalan kita biasa tengok. Cuma manusia baring atas jalan je kita jarang tengok. Ada sekali dulu. Kat depan masjid. Hari ni adegan tersebut mungkin akan berulang. Jadi, berhati-hatilah di jalan raya.



Berita asal - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen pilihan raya Datuk Zaid Ibrahim dan mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dipilih secara sah pada pilihan raya kecil, April lalu. Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Azhar Mohamed yang membuat keputusan selepas membenarkan bantahan awal Kamalanathan bagi membatalkan petisyen Zaid.