Tuesday, August 3, 2010

Insiden memalukan di Selangor


SHAH ALAM 2 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor akan menghadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bagi memohon maaf terhadap insiden memalukan yang berlaku ketika baginda hadir merasmikan acara Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa 4 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail hari ini, antara insiden memalukan itu termasuk kegagalan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjemput ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut. Selain itu, hanya kira-kira 200 pengunjung hadir pada festival yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati yang mampu memuatkan 5,000 orang penonton itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan negeri turut gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut.

Pengurus Besar Pelancongan Selangor, Noorul Ashikin Mohd. Din berkata, kerajaan negeri sedang menunggu pihak istana bagi memaklumkan tarikh untuk pihaknya menghadap Seri Paduka bagi menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya yang diketuai Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong akan menghadap Tuanku Nur Zahirah nanti.Noorul Ashikin berkata, pihaknya tidak dapat bertemu dengan baginda lebih awal memandangkan jadual ketat Raja Permaisuri Agong sebelum ini.

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Abdul Khalid sebelum ini telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor ekoran insiden tersebut. Katanya, kerajaan negeri telah membincangkan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu. - Utusan Malaysia

Nak uruskan majlis pun dah gagal, inikan nak urus pasir. Opsss..

5 comments:

Kalam Timur said...

Memalukan... lebih2 lagi melibatkan VVIP. Inilah hasil dari berpolitik sepanjang masa disamping merompak harta-harta rakyat. Nak uruskan majlis pun berkecamuk... akhirnya, Selangor yg remuk....

Ezzu Raza said...

setuju2...terlalu sibuk nak uruskan bende2 yang tak berpaedah.tak tahu mana patut didulukan.diri sendiri dapat padah lah!!.

Anonymous said...

pakatan rakyat selangor masih mempunyai mentaliti sebagai pembangkang. urus ceramah politik bukan main hebat. tapi bab urus majlis rasmi hancor !

itulah...lain kali jangan kondem pegawai kerajaan. diaorg jugak yang korang carik nanti untuk bantu urus majlis.

Anonymous said...

ALJUBURI
Ini la tanda2 negeri2 PR maukan "REPABLIK"..itu macam pon tak bole baca ker?
Sket-sket dia orang show no respect kan..

Anonymous said...

mungkin diaorg anggap berurusan dengan istana sesuatu yang leceh.