Tuesday, August 10, 2010

Jenaka : Kunci pagar kilang Carlsberg

Ha..ha…ha …Kawan cuma nak gambarkan bagaimana seronoknya beberapa orang kawan yang dok bersembang pasal kenyataan MP PAS kawasan Shah Alam Khalid Samad menjawab cabaran Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Noh Omar supaya kerajaan Pakatan Rakyat menutup premis hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadan.

Dalam sidang akhbarnya Isnin,Khalid yang minggu lalu buat lawatan tinjau ke kilang beer Carlsberg di Shah Alam, mencabar balik Noh supaya tutup dulu premis hiburan di negeri-negeri yang Barisan Nasional berkuasa.

Khalid juga nak gemburkan bagaimana toleransinya PAS dalam soal ini bila memberitahu parti itu tidak akan mengunakan pendekatan paksaan sebaliknya secara berperingkat-peringkat nak didik masyarakat untuk jauhi tempat-tempat ini.

Biasalah Khalid memberi alasan Pakatan Rakyat mewarisi negeri Selangor daripada pemerintahan BN jadi tak bolehlah dibuat secara mengejut.

Ha…ha…ha … kawan-kawan gelak lagi sebab depa tahu Tok Noh buat cabaran itu bukan tak bersebab.

Khalid mungkin mudah lupa atau buat-buat lupa.Cuba ingat balik masa kempen pilihanraya dulu.

Macam pernah dengar ada pembesar PAS di Selangor yang kata depa nak kunci pagar kilang Carlsberg tu kalau dapat berkuasa.

Mungkin Khalid kena minta balik pita rakaman dan VCD kempen yang dalam simpanan parti itu semasa kempen pilihanraya.

Khalid pun mungkin tahu sangat beliau hanya bermimpi di siang hari kerana DAP dan PKR akan sentiasa menjeling melihat gelagat PAS.

Cakap siang pandang-pandang.Takut silap cakap nanti…Karpal Singh boleh berdiri tegak dari kerusi rodanya nanti.

Kawan bukan nak kata tak bagus hajat PAS tu.Memang bagus.Cuma apa pasal yang kecut bila Karpal Singh berbunyi.

OK lah tu kalau takat boleh lawat dan tinjau-tinjau saja kilang Carlsberg tu...dan tak bawa mangga besar sekali untuk kunci pagar.

Cakap semua orang boleh cakap…tak gitu YB Khalid. –
Agenda Daily

Baca sini juga - Kilang Carlsberg : Rupanya Dalam Hati Ada Taman



2 comments:

Anonymous said...

SAPA KATA BENGGALI MURTAD NI X BOLIH BANGUN....LAKONAN JER TU....MACAM SI AL-JUBORI GAK LAH...SAKIT TERUK CAM NAK MAMPUS DULU..LA ELOK JER...
JANGAN PERCAYA LOWYER2 KAPIR NI....

Gerakan Timur said...

Salam,

hahahaha... itulah Father Gonjol Kalid Samad. Haaa... pe citer bAhlul pas shah alam? taknak wat demo ke? Dulu janji kunci pagar, tutup kilang... sekarang plak p liwat..opppss .. silap.. p lawat. Nak kasi besar lagi ka, atau nak mintak budget sempena ramadhan? ke sempena PRU nanti? hahahahaha...

Orang shah alam yg mengundi dia masa PRU lalu, sedar2 lah... jgn undi anda, "saham" anda pun ada pada kalid nanti....hahahahaha...