Thursday, January 6, 2011

Orang lain menang bola sepak majikan pula dihukum’


Dipetik daripada
Rencana Utusan Malaysia.

AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 3 Januari lalu menyiarkan sebuah artikel mengenai majikan yang terpaksa menanggung kerugian ekoran kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai Piala Suzuki AFF menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada 29 Disember lalu.

Artikel bertajuk ‘Orang lain menang bola sepak majikan pula dihukum’ itu tersiar halaman A11 akhbar berkenaan.

Penulisnya yang juga seorang pengkritik isu-isu semasa, Wong Zi mempersoalkan rasionalnya kerajaan mengisytiharkan Jumaat lalu sebagai cuti umum bagi meraikan kemenangan pasukan bola sepak berkenaan.

Beliau berpendapat, luahan rasa gembira dengan kemenangan itu sama ada untuk tempoh semalaman, beberapa hari atau sebulan sudah memadai tanpa perlu adanya cuti umum. ‘‘Adakah kerana mahu bergembira sehinggakan seluruh negara tidak boleh bekerja?’’ soalnya.

Wong Zi berhujah, keputusan itu tidak wajar dibuat kerana ia bukannya menjadi amalan negara sebelum ini termasuk ketika pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei menduduki ranking tertinggi dunia dan ketika Datuk Nicol David diangkat sebagai pemain skuasy nombor satu dunia sebanyak beberapa kali.

‘‘Setiap kali mereka mencapai kejayaan ini, bukankah rakyat di negara kita turut sama bergembira? Bukankah kegembiraan ini sudah cukup memadai,’’ katanya.

Tegas beliau, rakyat di negara ini tidak langsung mengharapkan cuti umum kerana Malaysia memang sudah kaya dengan cuti-cuti bagi meraikan perayaan tiga kaum utama dan empat agama besar.

Beliau juga berpendapat cuti umum tambahan tidak diperlukan memandangkan produktiviti kakitangan kerajaan dan pekerja swasta sekarang yang rendah dan lembap serta daya saing mereka yang lemah.

‘‘Hanya kerana menang satu perlawanan bola sepak, produktiviti seluruh negara terhenti, pembaziran kerajaan ditanggung oleh rakyat, kos pihak swasta siapa yang bayar dan tanggung? Tidak dapat hantar barangan di hujung tahun, tidak dapat kemas kini akaun, rakyat kena mengadu dengan siapa?’’ soalnya.

Ujarnya, ada orang yang suka menyepak bola, ada orang yang suka menonton bola, ada orang suka berjudi perlawanan bola sepak. Ini semua kegemaran masing-masing, tetapi majikan yang menanggung kos dan dianggap menjadi pesalah jika tidak memberikan cuti umum kepada pekerja. ‘‘Adakah kita mentadbir negara ini hanya kerana untuk suka-suka sahaja?’’ soalnya lagi.

Nasionalis1982 - Rupanya ada juga orang yang mengkritik keputusan kerajaan yang menghadiahkan cuti umum apabila pasukan bola kita menang bola. Bagi saya mudah saja. Kalau tak nak cuti sudah. Datang saja kerja macam biasa. Sama juga orang yang mengkritik bila dapat bonus sikit. Mereka kata, cukup untuk beli tisu tandas sahaja. Kalau begitu tak payah ambil bonus walau sesen pun. Cakap macam orang berprinsip tapi berprinsipnya sekerat-sekerat. Cuti disapu..bonus pun disapu.

Berbalik kepada isu cuti menang bola atau cuti peristiwa, ini bukanlah kali pertama. Kenapa pula nak rasa terkejut? Sebelum ni pun ada jugak cuti diberikan oleh kerajaan negeri bila ada pilihanraya kecil. Ada juga cuti diberikan atas sebab kematian.

Ada yang bertanya, kenapa bila Lee Chong Wei menang All England tiada pula cuti diberikan? Begitu juga apabila Nicol Ann David pula jadi juara dunia. Kenapa kerajaan tak bagi cuti? Jawapannya mudah saja. Sukan berkenaan tak macam bola sepak. Bola sepak adalah sukan paling atas rankingnya. Jadi juara AFF 2010 dah rasa macam menang Piala Dunia. Setiap rakyat berhak merai dan menikmatinya. Terima kasih kerajaan atas cuti yang diberikan.

1 comment:

IJAM said...

betul tu ini bukan kali pertama, seingat saya dulu sukan sea 1989 kita dpt cuti umum sebab masa last day menang emas bola... 1992 time menang thomas cup pun sama dpt cuti umum....

pendek kata org kalau dah x suke tu semua pun nak dipersoalkan....