Wednesday, January 12, 2011

Usah jadi mangsa sindrom INTERLOK-O-PHOBIA




Kali ini saya ingin mengulas sedikit mengenai keributan yang melanda kepala otak sesetengah golongan di Malaysia dek hanya kerana buku sastera agung yang berjudul Interlok.


Saya pelik dan hairan, mengapa golongan terbabit melalak tak tentu pasal hanya setelah 40 tahun buku ini diterbitkan. Dah 40 tahun beb !! 40 tahun tuuuu. Tapi bila kita melihat cara mereka memprotes, seolah-olah buku tersebut baru diterbitkan semalam.


Sanggup pula novel tersebut dibakar hingga rentung...kasihan sungguh. Saya bukan kasihan pada novel yang kena bakar, tapi kasihan pada orang yang membakar tu. Amat naif dan daif sekali.
Paling sadis, ada pulak wakil rakyat yang turut sama berdemo. Mereka macam budak-budak, kata Timbalan Menteri Pendidikan Puad Zarkashi.

Kepada mereka yang berkenaan, kembalilah ke landasan yang benar. Berfikirlah seperti orang yang waras. Jadilah orang yang berani
menerima realiti sejarah. Jangan jadikan Interlok sebagai mangsa kepada prasangka liar.

Jangan jadi mangsa sindrom INTERLOK-O-PHOBIA.


Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini, seorang pembaca bernama Thamilselvi a/p Arumugam telah memberikan ulasan yang baik mengenai novel Interlok. Jom baca...


Hanya yang buta sastera bantah Interlok

Saya berasa terharu dan rasa bersalah menatap muka hadapan Utusan Malaysia semalam (11 Januari 2011) bertajuk "Air Mata Sasterawan".

Saya telah membaca novel Interlok pada tahun 1988 sewaktu saya berumur 14 tahun. Novel Interlok masih segar dalam fikiran saya dan menjadi koleksi peribadi yang bermakna kerana saya menangis sewaktu menghabiskan novel tersebut. Saya juga pernah membuka kamus mencari makna tajuk novel ini. Novel Interlok boleh dikatakan sebagai novel pertama yang menyemai semangat cinta akan negara dalam diri saya dan saya sedar tentang kepentingan perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum di negara kita dalam usia muda itu.

Novel ini telah lebih 40 tahun berada bersama-sama kita. Tiada sesiapa yang mempedulikannya. Ironinya, polemik tiba-tiba timbul setelah novel ini dijadikan teks KOMSAS Tingkatan 5 pada 2011. Gesaan Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Makkal Sakti dan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima) supaya menarik balik novel ini adalah tidak berasas. Tindakan 100 penduduk India berdemonstrasi dan membakar novel tersebut sungguh tidak bertamadun.

Banyak lagi perkara berfaedah lain yang boleh dilakukan untuk membangunkan masyarakat India di negara ini. Usahlah membuang masa dengan mempolitikkan sebuah novel yang bertemakan perpaduan. Saya sifatkan semua orang yang terlibat membantah novel Interlok sebagai orang yang buta sastera dan buta novel. Mereka tidak memahami pemikiran Datuk Abdullah Hussain, mereka juga tidak menghayati keindahan bahasa yang bersahaja dalam novel itu, malah tidak langsung memahami mesej murni yang ingin disampaikan.

Thamilselvi a/p Arumugam, Beruas, Perak.

No comments: