Wednesday, January 5, 2011

Rais Yatim menjawab tuduhan !!

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menafikan tuduhan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah perkosaan pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang tuduhan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya akhir-akhir ini adalah fitnah dan pendustaan yang dahsyat.

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. - Utusan

4 comments:

Wanredone said...

SAMAN..... TAPI jangan saman ekor!

Kalaulah AKU.. yang punya PHd, law lagi tu..... aku saman mereka sampai tulang sum-sum!

Saman jangan tak saman..... kalau saman jangan alang-alang sekurang-kurang RM100,000,000.00

Anonymous said...

demi agama, nama dan maruah, Rais Yatim wajib saman !!

Anselmo said...

Terserah kepada pihak yg mendakwa dan menyiasat utk memberikan bukti. Saya yakin pihak polis negara ini berlaku adil dan profesional. Harap pihak-pihak terbabit segara memberi keterangan. Diharapakan pula setelah siasatan dan keputusan di dapati, semua menerima dgn terbuka. Saya penyokong tegar BN/UMNO, walau pun Najib yg didapati bersalah, saya tidak akan menyokong beliau, saya sokong parti bukan pemimpin. Orang UMNO bukan mcm anjing DAP yg assabiah.

Primus said...

Saman atau tidak itu hak Rais, yg pentingnya beliau bersedia menghadapi sebarang siasatan, bukan shj beliau bahkan sekeluarga. Tahniah. Mohon PDRM siasat segera, kalu bersalah dakwa secepatnya.Jika siasatan mendapati sebaliknya, hendaklah pihak yg mendakwa menerima dgn terbuka.