Thursday, January 6, 2011

Kereta Singapura isi minyak RON95. Mana penguatkuasaan?

Kisah dibawah saya petik daripada Forum Utusan Malaysia. Anda bacalah dahulu.

SAYA nampak banyak kereta berdaftar Singapura yang terang-terang mengisi minyak RON95 di bandar Johor Bahru. Malah ada yang berkeras memaksa hendak mengisi minyak ini.

Kejadian saya perhatikan di stesen-stesen minyak di Jalan Lingkaran, Jalan Yahya Awal, malahan di tempat-tempat lain juga.

Konon cerita pelanggan tetap dari Singapura diberi keistimewaan oleh pemilik stesyen, malah ada yang mendakwa stesen disogok untuk membenarkan pemandu Singapura ini mengisi RON95.

Pokoknya pemilik stesen serta pekerja tidak pedulikan amaran kerajaan kerana tiada penguatkuasaan.

JYusoff, Johor Bahru

Menteri bila nak buat peraturan memang nampak pandai. Lebih-lebih lagi sejurus mengumumkan kenaikan harga minyak RON95. Dan dan pula keluarkan peraturan yang menetapkan kereta yang mempunyi pendaftaran asing tidak dibenarkan sama sekali membeli RON95. Mereka hanya layak menggunakan RON97.

Rakyat di luar hanya tersengih-sengih dngar cakap menteri ni. Tak apa..kita tunggu. Sekarang..tak sampai 3 bulan, penjualan RON95 dah bocor. Bocor kepada kereta-kereta asing. Apa cerita ni?

Penguatkuasaan tak payah cakap lah. Memang hancur. Setakat tampal pemberitahuan larangan penjualan RONN97 di mesin pam, sapa-sapa pun boleh buat.

7 comments:

Anonymous said...

Rasa2nye diaorg ni warga Msia tapi PR Spore. Tunjuk IC je boleh....

Anonymous said...

baru ni g port dickson pun berlambak tgk keta singapore isi mingay...............ala menteri dia pun dtg dpd kategori menteri kuat rasuah........nak buat mcm mana...islam mmg islam la tapi rasuah tetap rasuah...penguatkuasaan lemah...

Anonymous said...

aku pun tertanya-tanya juga..sejauh mana perlaksanaan larangan RON97 kepada kenderaan no plat asing? berjayakah?

bagaimana dengan volum penjualan RON97? makin meningkat di sempadan?

sapa yang jaga penguatkuasaan? bangla-bangla di stesen minyak?

Anonymous said...

setuju amat setuju...di kawasan tmn perling pun terdapat stesen minyak yg menjual ron 95 pada warga singapura.....
-orgmudaJB-

Anonymous said...

menteri ni dok sibuk tgk anak dia berlakon atau menyanyi jer ni....malang betul la....mcm mana la najib bole pilih org mcm ni jadi menteri....menteri tdo and rasuah..ckp rakyat dia dahulukan ..rupanya rakyat singapore...alahai.............nak tgk minyak jual byk g sebelah pengkalan hulu kat perak..semua keta masuk thailand guna minyak ron 95...average semua keta isi minyakRON 95 banding keta malaysia

Pendekar Melayu said...

malaysia ni mana ada penguatkuasaan..penguatkuasa tu makan gaji buta je..tokey station minyak pulak dah tentu bagi je orang singapork isi minyak..mereka peniaga..mana tolak duit..

sepatutnya malaysia kena ada satu undang undang, tiada kenderaan asing dibenarkan masuk malaysia..itu lebih baik daripada larangan menjual ron 97 kepada warga asing.

http://pahang-ku.blogspot.com

Wake UP! said...

Inilah Malaysia. Penguatkuasaan begitu lemah. Sebab itulah kereta Singapork boleh bermaharajalela macam negara ni mak bapak mereka yang punya.