Wednesday, January 5, 2011
Harga RON97 makin naik, naik dan naik !!
Ish ish ish..ribut tak ada, angin tak ada, tiba-tiba naik pula harga petrol RON97 mulai tengah malam tadi.
Ceritanya begini. Pada 1 November 2010 yang lalu, harga petrol Ron97 naik kepada RM2.15. Sebulan selepas itu, naik lagi 15 sen kepada RM2.30. Dan malam tadi, naik lagi 10 sen kepada RM2.40. Alasan pihak berkenaan macam biasa...mengikut harga minyak mentah pasaran dunia.
Cuma saya agak ralat. Dua tiga hari ini diberitakan bahawa ekonomi kita makin lama makin baik. Bursa Malaysia mengekalkan momentum menaik. Indeks Komposit Kuala Lumpur melonjak hingga 12% atau 18.47 mata kepada 1,551.89 mata. Tertinggi dalam sejarah !!
Sejajar dengan itu juga, Ringgit ditutup kukuh berbanding Dollar AS iaitu pada kadar RM3.0630. Maknanya, harga barang import lebih murah.
Jadi, soalan saya...kenapa dua perkara ini iaitu harga minyak RON97 dan pengukuhan Ringgit tidak selari. Ringgit makin kukuh tetapi harga minyak RON97 naik pula.
Kerajaan please...jangan buat rakyat urut kepala dan dada. Apa guna ekonomi makin baik, Ringgit makin mengukuh, tapi faedah kepada rakyat langsung tiada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kenaikan harga RON97 adalah petanda bahawa RON95 juga akan naik juga kelak.
sama-sama kita tunggu dan lihat.
bro
harga minyak dunia sekarang dah cecah hampir usd100 per barrel.
ini disebabkan pengeluaran yang rendah di north sea serta kawasan sekitarnya.
permintaan yang pula kerana musim dingin sekarang bagi menjalankan alat pemanas di setiap rumah, bangunan dan pelbagai lagi.
permintaan juga sentiasa tinggi kerana permintaan industri dari cina dan india.
ini belum lagi cerita kegunaan kenderaan.
opec pula tidak mahu menambah productio ahli mereka kerana berpendapat bhw dunia mampu membayar minyak pada harga usd100 se barrel sekarang.
jadi, lain kali kalau nak buat artikel entry, buat la homework dulu atau bercampur gaul dengan orang yang faham sesuatu bab.
kalau tidak blog lu serupa macam anwar berahim sembang kat kedai mamak
Salam Perjuangan...Harap dapat dilink blog KL BOYZ disini..
http://klboyzwangsa.blogspot.com
aku yang pening ni nak tanya pulak. indeks komposit kukuh maknanya kuasa beli rm kita bertambah. tp bila kita beli ron97 nilai rm kita kurang. tak lama lg ron95 ikut naik (kalau mengikut trend). kesannya semua barang keperluan akan naik harga. apa signifikannya kenaikan indeks komposit dengan kuasa beli rm kita? ada sapa2 nk tolong jwb? jgn sampai ramai2 tlg jwb dlm kertas undi dah la...
Post a Comment