Friday, January 7, 2011

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Bersara


Bila time nak puasa dan nak raya, beliaulah orang yang kita sangat nanti-nantikan di kaca televisyen. Budak-budak pun tak sabar nak tunggu pengumuman beliau. Ramai berdoa "minta-minta lah esok diumumkan raya". Rupa-rupanya, sudah 22 tahun beliau berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Dan hari ini, beliau akan bersara.

Engku Ibrahim, jasa anda tidak akan kami lupakan. Suara anda, baju melayu anda yang cantik dan pelbagai warna bila keluar di kaca televisyen akan sentiasa kami ingati.

Terima kasih Engku dan selamat bersara.

Mstar Online - Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha akan bersara, Jumaat.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan persaraan beliau, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22tahun lepas.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

5 comments:

buaya said...

salam ziarah....

Ms Pearl said...

serious? well im gonna miss him for sure.

p/s: selamat tahun baru 2011

Tangga Langit said...

SALAM PERJUANGAN,

MOHON LINK BLOG SAYA DALM BLOG LIST ANDA. SAYA SUDAH LINK BLOG ANDA DAN FOLLOW ANDA.

TQ.

http://ketanggalangit.blogspot.com

anti bohmau said...

jasamu tetap dikenang selamanya....

Anonymous said...

Salam....

Huhuhuhuhu...pastinya nak masuk bulan ramadhan dan bulan syawal tahun ni akan merindui "suara emasnya yg lemak merdu dan sungguh terasa sekali kesantunan suara kemelayuannya yg berbudi bahasa, tenang dan sangat2 tertib...huhuhuhuhuhu...

P/S: dari kecik dengar suara ni sampai boleh ikut gayanya kat sekolah dulu...huhuhuhu...
Walaupun berat hati nie terima hakikat, selamat bersara Tan Sri...huhuhuhuhu