Tuesday, January 4, 2011
Kenapa nama Harimau Malaya pun nak dijadikan isu??
Wahai menteri ku sayang..kenapa engkau terlalu sibuk nak mengkaji penggunaan nama Harimau Malaya. Adakah engkau ada banyak masa terluang dan masa lapang sehingga perlu membuat kajian?
Wahai NGO dari Sabah...kenapa sekarang baru engkau ambil kisah mengenai Harimau Malaya? Kenapa engkau tidak melalak ketika kita dibelasah teruk masa kejohanan Piala Asia di Kuala Lumpur? Kenapa tidak ketika kita layak ke Olimpik Moscow? Kenapa hanya baru sekarang baru sibuk nak suruh tukar nama??? Kenapa ?????
Kepada pihak berkenaan...jika nama Malaya pun jadi isu kerana tidak mencerminkan 1 Malaysia, maka saya cabar anda sekalian untuk menukar nama Universiti MALAYA kepada Universiti MALAYSIA !! Univerisiti itu pun guna nama Malaya jugak kan.
Apa macam..ada berani?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
banyak lagi benda penting yang boleh dikaji..spesis harimau tu kena tukar gakla..tapirus malayanus taknak tukar?
betul laa..time jadi juara baru la nak melalak. tak paham aku dengan politik nih. makin sempit otak dibuatnya.
Bukan isu politik tetapi isu ketidaksesuaian penggunaan nama gelaran. 'Harimau Malaya' adalah gelaran bagi Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, pemimpin askar Jepun sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu, yang kejam dan zalim.
Adakah wajar kita memberi gelaran 'Harimau Malaya' kepada skuad bolasepak kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara dengan mengumpamakan mereka dengan Tomoyuki yang telah membunuh ramai orang Melayu dengan kejam?
Salam Perjuangan...Harap dapat dilink blog KL BOYZ disini..
http://klboyzwangsa.blogspot.com
Post a Comment