Thursday, January 13, 2011

INTERLOK-O-PHOBIA : Jemput mereka ini untuk berdebat dengan Kementerian Pelajaran



Semalam saya ada memberi sedikit ulasan mengenai INTERLOK-O-PHOBIA iaitu ketidakfahaman secara langsung mengenai isi kandungan novel Interlok yang sudah diterbitkan lebih 40 tahun lalu. Bukan baru terbit semalam. Baca sini.

Novel ini telah mendapat protes daripada pihak-pihak tertentu sehingga ia sanggup dibakar hingga menjadi abu di Klang.

Hari ini DS Najib telah mengambil langkah yang sepatutnya. Beliau akan memanggil beberapa wakil dari masyarakat India untuk berdialog dengan Kementerian Pelajaran bagi membincangkan kandungan novel Interlok yang dikatakan mempunyai elemen 'rasis'.

DS Najib tak perlu susah-susah nak cari individu yang sepatutnya berdialog dengan Kementerian Pelajaran. Calonnya sudah ada. Malah beliaulah orang yang mula mencipta polemik dan menimbulkan isu Interlok ini. Baca sini.

Beliau yang saya maksudkan adalah T. Murugiah. Seorang bijak pandai yang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hebat sekali. Tapi sayang. Beliau terlalu cepat melatah. Melatah hingga diketawakan oleh rakyat.

Selain T. Murugiah, Kementerian Pelajaran boleh jemput sekali parti dan pertubuhan berikut. Mereka ini pun ada sindrom INTERLOK-O-PHOBIA iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP), Parti Makkal Sakti dan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia.

Sebelum berdialog, minta mereka khatam dulu novel Interlok. Jangan jadi tong kosong.

2 comments:

C L J said...

Hamba tertarik dengan "Sebelum berdialog, minta mereka khatam dulu novel Interlok. Jangan jadi tong kosong." Sebenarnya sepatutnya ayat itu di baca sebagai "Sebelum BERDEMONSTRASI, minta mereka khatam dulu novel Interlok. Jangan jadi tong kosong." Baharulah tidak akan timbulkan masaalah pun.

isa said...

jemput sekali 100 orang di Klang yang terlibat dalam membakar novel tu..gerombolan buta sejarah betul la.