Friday, November 25, 2011

Anwar Ibrahim terus burukkan Malaysia di Indonesia

ANWAR Ibrahim menyampaikan ceramah dalam satu forum di hadapan sekumpulan pelajar Indonesia di republik itu pada 30 Julai lalu.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.

Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.

‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.

‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.

Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya. (SUMBER-UTUSAN)

Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh beritahu orang luar negara sistem kehakiman negara tidak adil. Tapi dia tak nak pulak cerita ...
- pernah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes liwat 1998,
- dia ada ramai peguambela yang hebat,
- kes liwat ditunda berpuluh-puluh kali,
- memberi keterangan dari kandang tertuduh dimana pihak pendakwa tidak boleh menyoal balas,
- mengulas kes liwat di atas pentas ceramah politik ketika perbicaraan sedang berlaku di mahkamah
- boleh membawa saksi yang hebat dari luar negara seperti pakar forensik dari Australia
- masih bebas bergerak ke luar negara kerana passportnya tidak ditahan
- bebas mengulas kes liwat di dalam blog dan twitter secara live dari kandang tertuduh
- mahkamah membenarkan permohonan Anwar bagi menjalankan pendakwaan secara tertutup

Macam mana hubungan Malaysia - Indonesia tidak selalu bergolak, sebab ada duri dalam daging.

3 comments:

Anonymous said...

Anwar ibrahim bangsat. Pengkhianat bangsa,pemusnah negara. Hanya kerna jawatan yang tak seberapa di putrajaya,sanggup gadai maruah,gadai perpaduan islam,gadai hubungan saudara serumpun.

Anonymous said...

mudah mudahan Allah membuka hatinya yang tertutup tu, dan mudah mudahan Allah hentikan perbuatannya yg buruk itu. amin

Anonymous said...

perosak hubungan baik Malaysia-Indonesia. Yahudi suka kita berpecah.