Thursday, December 1, 2011

Orang-orang UMNO wajib hayati ucapan dasar Presiden UMNO.

Mantap sungguh ucapan dasar DS Najib pada perasmian Persidangan UMNO pagi tadi. Padat dan mudah difahami.

Memulakan ucapan dengan kisah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kemudian disusuli dengan kisah kemulian para Khalifahnya seterusnya DS Najib mengaitkannya dengan sejarah UMNO itu sendiri yang baru berumur 65 tahun. Pengenalan yang memang cantik.

Dalam ucapannya juga, DS Najib turut menegaskan UMNO bukan parti rasis. UMNO adalah perintis semangat perpaduan antara kaum.

Anda boleh dapatkan teks penuh DS Najib di laman web Agenda Daily. Kepada orang-orang UMNO, anda wajib baca. KLIK SINI.


Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.

Mudah-mudahan Allah memberkati. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

1 comment:

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

GAMBAR-GAMBAR LIPUTAN PENUH PAU 2011 DI
http://copypaste-tembakjerr.blogspot.com/