Tuesday, December 27, 2011

Rancangan Bebas Anwar 901 ?

Umum mengetahui bahawa 9 Januari 2012 adalah hari keputusan perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.

Kami menjangkakan ada pihak merancang untuk 'melakukan sesuatu' pada tarikh berkenaan. Lihat poster di bawah.




Ada pihak dilihat terdesak untuk menarik rakyat turun ke jalan raya dan memberi tekanan kepada kehakiman negara.

Kami mendapati promosi perhimpunan ini disebarkan secara meluas melalui FB, blog dan twitter.

Pada 21 Disember lalu, satu akaun khas twitter dibuka menggunakan nama @BebasAnwar901.

Tweet pertama bertulis "Ayuh semua rakyat kita bangkit. Kezaliman wajib ditentang. Keadilan perlu ditegakkan. 9 Januari 2012. Kita tamatkan zaman edan di Malaysia".




Akaun twitter ini turut disebarkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan.


Selain itu, kami juga mendapati ada dua hashtag(simbol #) diwujudkan dalam twitter bagi mempromosikan perhimpunan 9 Januari 2012.

Hashtag 1 : #BebasAnwar901


Hashtag 2 : #Mobilisasi901


Mesej kami kepada pihak berkuasa, anda harus memantau setiap gerakan ini bagi membendung kejadian yang tidak dijangka pada 9 Januari kelak. Semoga Kuala Lumpur sentiasa aman dan tidak tercetus huru hara.

No comments: