Monday, December 5, 2011

Jangan jadikan tahun 2011 sebagai tahun terakhir Perhimpunan Agung UMNO diadakan di PWTC.

PWTC amat sinonim dengan Perhimpunan Agung UMNO

Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru saja tamat. Sepanjang 5 hari di PWTC, orang-orang UMNO dari seluruh negara berkumpul mendengar amanat Presiden serta perbahasan daripada perwakilan. Semuanya bersemangat dan penuh emosi.

Ya, kemungkinan besar juga ini adalah perhimpunan UMNO yang terakhir sebelum perang PRU13. Jatuh bangun UMNO bergantung kepada PRU ini.

Kepada orang-orang UMNO, beringatlah. Tahun ini anda seronok dapat berhimpun di PWTC. Tahun depan bagaimana? Jika UMNO dan Barisan Nasional menang, tiada masalah untuk anda sekali lagi mengadakan Perhimpunan Agung di PWTC. Tapi, bagaimana jika UMNO kalah? Adakah UMNO masih boleh mengadakan perhimpunan di PWTC?

Orang UMNO kena sedar, parti pembangkang amat cemburu. Kami percaya, mereka juga menyimpan hasrat besar untuk mengadakan kongres/muktamar masing-masing di PWTC.

Muktamar PAS 2012 berlangsung di PWTC.
Kongres PKR 2012 berlangsung di PWTC.
Mesyuarat Agung DAP 2012 juga akan diadakan di PWTC.
Semuanya tidak mustahil dan boleh berlaku jika UMNO/BN kalah.

Jadi, orang UMNO perlu sematkan dalam hati. Mempertahankan Putrajaya bererti mempertahankan PWTC. Jangan biarkan UMNO merempat tidak tahu di mana tempat mengadakan Perhimpunan Agung akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

hidup UMNO!!!!

Anonymous said...

Kat PWTC ada mural sejarah UMNO dari zaman Tunku Abdul Rahman lg, siap ada lukisan Anwar zaman reformasi. Jangan esk diorg berkuasa, abes semua kena bako. Org UMNO beringatlah