Friday, December 2, 2011

Perhimpunan Agung Umno: Wakil S'gor Gesa Tol Batu 3 Dimansuhkan


Wakil Umno Selangor, Budiman Mohd Zohdi meminta kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan untuk memansuhkan kutipan tol Batu Tiga di Lebuhraya Persekutuan yang dilihat untuk sekian lamanya membebankan pengguna.

Menurutnya, perkara itu perlu dipandang serius bagi membela nasib rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah yang terpaksa berhadapan kos sara hidup yang tinggi.

"Rakyat khususnya yang tinggal di Shah Alam terpaksa membayar RM1.10 sehala di plaza tol itu untuk ke Kuala Lumpur. Jumlah itu akan berganda untuk perjalanan pergi balik...keadaan ini semestinya membebankan mereka," katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno di sini, Jumaat.

Terdahulu, Umno Shah Alam telah menyerahkan memorandum mengenai pemansuhan kutipan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau sebelum perkara itu dibangkitkan semula pada sesi perbahasan, Jumaat. - Sumber Mstar

1 comment:

Anonymous said...

apa ahli parlimen shah alam buat? lawat kilang arak....apa dia peduli pasal tol batu 3 ni.
Jom Ubah Shah Alam!