Wednesday, December 7, 2011

Hoorayyy..tangguh lagi!

Atas permintaan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersetuju menangguhkan kepada 12 dan 13 Dis sebagai tarikh baru penggulungan akhir dalam kes liwat membabitkan penasihat PKR itu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh baru itu selepas menemui pihak pendakwaan dan pembelaan di kamarnya Selasa setelah peguam yang mengetuai pihak pembelaan, Karpal Singh menulis kepada mahkamah memohon perkara itu ditangguhkan ke Isnin ini.

Karpal ketika ditemui di kompleks mahkamah itu berkata Mohamad Zabidin telah melapangkan tarikh 8 dan 9 Dis yang ditetapkan sebelum ini.

"Hakim membenarkan permohonan kami selepas bantahan keras pihak pendakwaan di mana Timbalan Pendakwa Raya Wong (Wong Keng Kiat) menegaskan bahawa masa yang diberikan mencukupi untuk pihak pembelaan dan tiada alasan kukuh untuk pelanjutan," kata Karpal Singh.

Untuk rekod kes liwat Anwar ini sudah tertangguh lebih 50 kali dalam jangka masa tiga tahun. - Agenda Daily

3 comments:

Anonymous said...

Demi masa, sesungguh masa itu tetap akan datang, tangguuh lah Barder Anuar , minta tangguhlah lagi !

Anonymous said...

asyik nak tangguh je? apa pasal? sibuk sangat?
tiap2 hari pergi berceramah politik boleh pulak?

jejakazman said...

ini mahkamah dunia bole la tangguh sampai mana kau suke...akhirat nanti jawablahhhh.......