Tuesday, December 13, 2011

"Anwar gagal", kata pihak Pendakwa.


Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk mempertikaikan kesaksian penuduh beliau dalam perbicaraan Sodomi II, dan penafianpemimpin PKR itu adalah tidak mencukupi, tegas pihak pendakwaan.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata bahawa kenyataan Anwar yang menafikan mengenai kes liwat berkenaan dari kandang tertuduh gagal untuk menangkis testimoni Saiful Bukhari Azlan.

Pendakwa turut memberitahu, Anwar tidak mencabar kesahihan rakaman CCTV di Desa Damansara, yang mencatatkan kehadiran beliau di lokasi berkenaan pada 26 Jun.

No comments: