Tuesday, November 2, 2010

Gambar ini akan hantui PAS selama 100 tahun


Gambar N. Ajis beri 'rasuah' kepada orang asli di Galas bakal menjadi epidemik.

PAS boleh tenggelam dan karam kerana gambar tersebut memberikan persepsi dan spekulasi yang amat buruk kepada prinsip perjuangan PAS.

PAS perlu sedar, selagi mereka 'bercium mulut' dengan DAP, selagi itulah gambar ini 'dimainkan' di setiap pilihanraya.

Kita boleh ambil contoh kes Ahli Parlimen DAP Serdang yang memberikan 'tazkirah' di dalam surau. Banner yang memaparkan insiden berkenaan telah di pasang sekitar kawasan DUN Galas. Apa reaksi PAS? Mereka terloncat-loncat macam kera kena belacan. Langsung tak boleh nak duduk diam.

Jadi, mereka terpaksa mengerah beruk-beruk peliharaan untuk menurunkan banner yang telah dipasang. Ohhh PAS, siapa makan cili dia rasa pedas.


Orang PAS datang dan pergi, tetapi gambar N. Ajis beri 'rasuah' akan hidup 100 tahun lagi untuk terus membuka minda dan mata rakyat.

Mungkin bukan sekarang. InsyaALLAH, hari ini, esok, lusa atau tulat, rakyat akan faham fatamorgana PAS.


Ingat semua....

wal halal ku WAL HARAM MU!!! Itulah budaya PAS sebenarnya.

9 comments:

Ms Pearl said...

:D 100 years ? - berapa keturunan tu ? hahaha

Anonymous said...

naikkan gambar ini di DUN GALAS...
Gantung dan pasang. Biar semua pengundi tahu tembelang PAS.

Anonymous said...

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29293%3Atok-guru-islamkan-3-orang-asal&catid=1%3Autama&Itemid=50

situasi same, tp tafsiran berbeza.
otak ade, pk la sndiri..

Anonymous said...

anon 0945, come on lah..ini politik. Cuba tanya PAS macam mana mereke spin isu melibatkan UMNO. Macam tak cukup tanah dibalunnya.

Anonymous said...

kepade anon 945

gambar kat haramkah tu majlis pengislaman 3 pemuda asli...alhamdulillah bertambah lagi umat Islam dalam dunia nih...tapi kenape gambar pemberian duit x dikeluarkan kat dlm haramkah???apakah muslihat sebenar pemberian duit tu???masuk Islam dapat habuan ke???bukankah tiada paksaan termasuk habuan jika seseorang itu ingin memeluk Islam???

Anonymous said...

haprakah oo haprakah...
berlubang-lubang korang punya berita. isu pemberian duit tidak pula didedahkan.

Anonymous said...

Bgus la tu kasi duit. Sedekah kan. Lgpun terang-terangan di beri...bkn sorok2 pun. Sebagai saudara baru, mereka patut di bantu. Yg umno kasi tiket bola free...cadangan kg WIFI kat Gua Musang...tu smua bkn rasuah? kalu x kerna mengundi, x dpt la semua tu... sendiri pikir la...

n said...

helo bro...itu sumbangan kpd orang asli yang baru memeluk islam la.

Anonymous said...

Kalau nak bagi sumbangan ker zakat ker sebab mereka baru memeluk Islam, takkan RM 300 jer?