Sunday, November 7, 2010
PAS ohh PAS..dah kalah buat cara kalah.
Bagi PAS tak kira menang kalah …dosa sepanjang masa di pihak Barisan Nasional (BN). Parti itu sentiasa suci sekalipun semua orang berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ia melanggar etika kempen dan main kasar semasa hari pengundian pilihanraya kecil di Galas.
Maka tidak hairanlah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat berkisah tentang keraguannya tentang kemenangan calon BN ,Abdul Aziz Yusof dengan majoriti 1,190 mengatasi calon parti itu Dr Zulkifli Mohamad.
Ada istilah baru yang diciptanya ‘tekanan raya’ apabila mendakwa ada unsur ugutan dan sogokan terhadap pengundi.
Menteri Besar Kelantan itu lupa macam kata Tengku Razaleigh Hamzah ketika mendakwa berbagai-bagai penyelewengan pilihanraya – pembangkang boleh menang Kelantan,tawan Kedah,Perak,Pulau Pinang dan Selangor dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.
Tetapi itulah lagu biasa yang diputar balik setiap kali selepas pilihanraya apa lagi kalau kalah begini.
Bagi PAS ia merasa seolah-olah sentiasa kena menang kerana adanya perkataan ‘Islam’ pada nama parti itu.
Tindak-tanduk seperti Nik Aziz ‘hulur’ RM300 kepada saudara baru Orang Asli di Lojing semasa kempen menjadi suci atas nama ‘zakat’.
SPR kata pemberian duit itu salah dalam konteks masa kempen pilihanraya.PAS kata itu zakat.
Jadi di mana nak diletak kedudukan SPR kerana membuat kenyataan mengenainya mengikut peraturan kempen pilihanraya yang ditetapkan?
Jawabnya mestilah SPR 'pilih kasih' pada BN.
Tawaran PAS nak beri RM250 seorang kepada pengundi luar disucikan dengan mendakwa ia dapat membantu SPR meningkatkan peratusan yang mengundi dalam pilihanraya kecil itu.
Bagaimana pula dengan aksi kasar para penyokongnya di hari pengundian. Perbuatan seorang muslimat PAS mengetuk seorang anggota Puteri disifatkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Halim Abdul Rahman ‘hal kecil‘ sahaja.
Selanjutnya, baca di Ageda Daily. KLIK SINI.
Nasionalis1982 : PAS bukan parti yang baru ditubuhkan semalam. PAS dah lama wujud di persada politik nasional. Dah banyak kali PAS bertanding dalam pilihanraya. Dah banyak kali menang dan banyak kali juga kalah.
PAS yang dulu cukup matang berpolitik. Bersikap terbuka bila menerima kekalahan. Tapi PAS yang sekarang dah lain. Perkataan kalah, tewas atau tumbang tidak lagi boleh diterima. Kalah satu hal tetapi kalau nak menyalahkan diri sendiri? Ohhh jauh sama sekali.
Betul lah apa orang muda cakap, PAS sudah jauh menyimpang dari prinsip perjuangan asal. PAS makin sesat. PAS tidak layak lagi memperjuangkan Islam di Malaysia. Selagi PAS 'bercium mulut' dengan DAP, selagi itulah PAS akan terima azab. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment