Sunday, November 28, 2010

Isu Namewee : Dulu cakap lain sekarang cakap lain


Dah lama dah..dah lama dah. Dah lama kes ni sunyi sepi. Hari ni dia timbul balik. Anda bacalah berita di bawah. Percaya cakap saya..ia pahit seperti hempedu.


Namawee tidak lakukan kesalahan – Nazri


PARIT BUNTAR 27 Nov. – Kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana pemuda dari Muar, Johor itu tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam klip video terbarunya, Namewee mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).


Katanya, mengikut akta tersebut, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee. - Utusan


Tak paham saya. Dulu Nazri Aziz cakap lain. Sekarang dia cakap lain. Adakah Nazri Aziz banyak makan semut?


Kalau Nazri Aziz lupa atau buat-buat lupa mengenai apa yang pernah dia cakap dulu, saya boleh ingatkan balik apa yang dia sebut mengenai Namewee di dalam Dewan Rakyat pada 18 Okt 2010.

"Kita tetap akan ambil tindakan terhadap Namewee tapi mesti berdasar kepada fakta-fakta yang menyabitkannya. Dia bukan pegawai kerajaan jadi kita tak boleh ambil tindakan terhadapnya sebagai seorang pegawai kerajaan.

"Laporan polis telah dibuat dan kita sedang timbang beberapa undang-undang untuk mengambil tindakan terhadapnya" - Mstar


Tindakan ke mana..laporan polis pun entah ke mana. Tup tup..Nazri Aziz cakap Namewee tidak lakukan kesalahan. Rakyat boleh jadi bingung kalau kerajaan bersikap macam ni. Flip flop. Tak konsisten. Tak tegas.

9 comments:

Anonymous said...

keh keh keh nazri aziz..kantoi la pulak.

Anonymous said...

CUBA SIASAT APA KAITAN NAZRI dan DaTO SUNNY ONG..

Anonymous said...

camna la spesies begini boleh ada dlm UMNO, hishamudin,zahid hamidi,shabery chik,kj dan 3/4 org lagi.....aduhai UNMO !!!

Anonymous said...

MALAS NAK DGR MENTERI BODOH NIE.HARAP2 PRU NANTI ORG MELAYU JGN LAGI UNDI MALAUN NIE

Anonymous said...

aku nak boikot aje BN dan UMno dlm PR13 kalau si Nazri ni kekal... buat apa aku amak melayu sokong parti melayu yang tak perjuangkan hak dan maruah melayu....? mamposlah kau UMNO/BN.... kalau kau masih kekalkan org macam Nazri ni...

Anonymous said...

Dia cajap sebab dia sedar, sudah tak ada dalam senarai lagi..

Anonymous said...

Saya bukan ahli mana2 parti politik tetapi saya menyokong kerajaan yang ada skrg ini kerana masih yg terbaik. Tetapi saya dan keluarga saya memang teramat benci dan geram selagi ada manusia spt Nazri dan Hishamuddin dalam kerajaan/BN/UMNO.

Anonymous said...

aku cadangkan kita kempen ludah nazri ni pulak...bebal sgt...dayus

Anonymous said...

HARAP2 UMNO JGN CALON LG MENTERI2 YG DAH JADI KEBENCIAN RAKYAT ATAS PAGAR&PENYOKONG UMNO SEPERTI NAZRI,HISAMUDIN,SABERI CHIK,RAIS LUPA KITOL MENANTU TUN BEDOL.MEREKA NIE DAH JADI BEBANAN PADA UMNO SKRG SENANG CKP TAKDA NILAI DIMATA RAKYAT MAJORITI MALAYSIA