Thursday, November 18, 2010

Cerita mengenai Pamela Anderson dan Dr Rozmey

Kalau anda beli akhbar kosmo setiap hari, mesti akan terbaca mengenai promosi filem 2 Alam. Satu halaman digunakan oleh tuan punya filem untuk promosi 2 Alam. Gegak gempitanya bukan main. Dijangka kutipan boleh cecah puluhan juta. Tak kisahlah. Setiap orang ada cara untuk buat marketing.

Kat bawah ni ada cerita terbaru. Nak percaya atau tidak pun tak apa. Terpulang.

Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.

"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.

Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau. - Kosmo

Nasionalis1982 : Pamela Anderson berlakon sebagai wanita terdampar di pulau? Perghhhhh...

1 comment:

Anonymous said...

nak cari publisiti memang senang...guna satu nama besar. kemudian mintak media tulis. kutukan/kritikan pun ok. yang penting dapat publisiti secara percuma.