KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan hebat apabila 'senjata sulitnya' yang selama ini digunakan untuk memfitnah kerajaan mula 'makan tuan'.
Ini kerana Raja Petra Kamaruddin yang selama ini menjadi 'senjata sulit' beliau, mula melepaskan 'peluru' ke arah Anwar sendiri apabila mendakwa, ketua pembangkang itu juga merupakan pengacau dan 'kuda trojan' dalam UMNO suatu ketika dahulu.
Raja Petra yang kini melarikan diri ke London berkata, jika Anwar boleh mengingatkan ahli PKR supaya berhati-hati dengan 'kuda trojan' yang dipercayai dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga layak dilabelkan dengan gelaran yang sama.
"Jika kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau, 'kuda trojan' serta dilabel cuba memecahbelahkan parti, bagai manapula dengan tindakan Anwar sewaktu dalam UMNO dahulu?
"Anwar mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang (Datuk) Suhaimi Kamaruddin pada 1982, iaitu tahun pertama menyertai UMNO. Ketika itu kesetiaannya juga belum terbukti dan boleh dianggap sebagai 'kuda trojan'," katanya. Seterusnya baca di Utusan Malaysia.
Sebelum ni Zaid Ibrahim buat bising dalam PKR, dan sekarang Raja Petra pula. Adakah ini betul-betul gaduh atau pun hanya cobaan? Tak pun ia hanya sekadar sandiwara kosong nak tutup kelemahan PKR. Maklumlah, PKR kan sudah 'jatuh laut' dan malu besar di Batu Sapi.
2 comments:
Ya Allah.. kenapa blogger pro-kerajaan ni nak ulas pasal orang2 hampeh cam RPK and Zaid Ibrahim nih.. hari2 cite pasal diaorg..
Ni dah headline lak.. pehal?
Diaorg2 ni tak layak diulas sampai jadi headline.. sudah2 lah cite pasal diaorg nih.. buang masa dan tenaga..
-my
setuju...media terlalu beri banyak publisiti kepada isu Zaid & PKR.
sekali sekala boleh lah. kalau dah hari-hari rakyat boleh muntah.
Post a Comment