Friday, September 9, 2011

Marah bila kena bayar caj 6% prabayar. Tapi masih beli rokok. Makan pula di KFC dan McD.


Hari ni ramai orang marah sama kerajaan.
Ini angkara pengenaan cukai perkhidmatan sebanyak 6% bagi pembelian tambah nilai prabayar @ prepaid.

Yang ramai guna prepaid ni biasanya student IPT. Begitu juga dengan warga asing yang bekerja di Malaysia. Suami-suami pun ada jugak yang pakai prepaid walaupun sudah langgan postpaid. Mungkin digunakan utk geli-geli dengan skandal. Nak sorok daripada bini kononnya.

Walapun ramai yang bising bila kena cukai 6% pasal beli prepaid, tapi kadang kala kita lupa dan tidak sedar. Banyak benda lain yang kita beli dan guna turut dikenakan cukai.

Makan di KFC, McD atau Pizza Hut, kena bayar cukai.
Makan di kopitiam seperti Paparich atau Old Town, kena bayar cukai.
Makan di Restoran Nasi Kandar, ada juga kena cukai.
Makan di RnR PLUS, pun ada cukai.
Langgan astro untuk tonton pasukan kegemaran bermain turut dicukai.
Namun, masih ramai yang rela bayar walaupun kosnya agak tinggi. Sanggup tutup sebelah mata.
Ala...harga rokok yang mahal pun orang sanggup beli dan hisap.
Itu lah realiti rakyat Malaysia.

Berbalik pada cukai 6% prepaid, sama jugak la kisahnya.
Kalau anda marah sangat dan tak sanggup nak bayar sesen pun cukai berkenaan, masih ada alternatif lain.
Guna public phone salah satunya. Habis cerita.


15 comments:

Anonymous said...

Saya sangat2 setuju dengan entry ni. Kalau boleh top-up berkali-kali sehari (yang memang banyak terjadi), maknenyer mampu bebeno le nak baya cukai 6% tu.
Lepas top-up makan KFC, McD. Ada plak yang p beli rokok berkotak2 sehari.. pasal sekarang kan budak2 ni fikir hip hisap rokok.. lelaki perempuan, sama je..
Tang rokok dia beli jugak walau tax lagi la melambung..


Diaorg ni.. see the big picture laaa...!

Pendekar Melayu Ulung said...

hahaha betol juga kan.. beli rokok, kfc, mcd takda pula bising kene tax

Mael Hashim said...

Aku tak hisap rokok. Aku tak pernah makan McD pasal mahal. Aku makan KFC 6 bulan sekali. Ko marah aku jugak ?

Nasionalis1982 said...

Anon 10:55,

Setuju dgn anda "We must see the big picture".
Kita kena buka minda dan lihat balik sekeliling kita. Ada yang sedar dan tahu tapi buat-buat tak tahu.
Bila satu isu bangkit, melalak tak tentu pasal. Sorry to say, kadang2 kita hipokrit (termasuk juga saye..hehe)

Anonymous said...

Kalau jarang guna Prepaid pakai je yang kredit tahan lama macam maxis 365 boleh tahan 1 tahun tapi kena topup 30 dalam 6 bulan pertama, kalau guna prepaid sampai 50 sebulan baik pakai postpaid 50, macam celcom, tapi jangan minta bil kertas nanti kena tambah 5 ringgit, bayar guna kad kredit jimat 2 ringgit, mesti bil bulanan 50.50 je, kalau nak call subline free(berapa jam sebulan), daftar subline 5 ringgit. tapi pandai-pandai le budjet

Anonymous said...

Tol naik ,bising,cukai prepaid naik pun bising,cukai rokok naik beratus persen diam sebab berhenti rokok tak mau...masuk tandas nak buang air pun kena cukai 20 sen ...mana ade khidmat free sekarang ni.Buka lah mata,tgk keluar bilik dari lubang kunci bukan tengok ke dalam bilik,nampak kecik le ..

Hamba Allah said...

Tuan, saya melihat dari sisi yang lain, masih ramai di negara kita yang miskin dan kurang berkemampuan. contohnya minggu lepas saya baru membawa seorang anak muda kampung yang ingin mendaftar di kampus di lembah klang. dalam perjalanan dari Utara ke KL, beliau menitiskian air mata kerana beliau orang susah dan setiap sen sangat berharga pada dirinya ( saya terkesima melihat ketika dia berada di RnR dan ingin membeli tembikai potong, beliau terpaksa senyum dan meletakkannya semula kerana harganya sekali ganda walaupun bagi kita taklah mahal mana- rm2). mungkin kita yang diberikan sedikit lebih rezeki oleh Allah tiada masalah, tetapi bagaimana mereka?kalau kita berfikiran ala benda lain pun sama juga, kena tax juga, percayalah bahawa fikiran itu akan memerangkap diri kita satu hari nanti. saya tiada masalah jika saya dikenakan apa jua tax kerana insya Allah masih mampu, tetapi bagaimana mereka yang kurang berada. kfc ada tax, bukan makanan ruji, tiada masalah, rokok ditaxkan, tak semua orang yg merokok.

Anonymous said...

Tuan,
Saya setuju dengan pendapat 11:23 am.
Bebanyakan yang menggunakan prepaid adalah golongan sederhana dan susah. Sekali topup rm3 ringgit. Ada setengah kedai di kampong dikenakan caj rm.50 sen. Jika ditambah 6% lagi akan menjadi bersen senlah cajnya. Yang bertambah kaya adalaha syarikat pengendali topup dan syarikat telco. Fikirkanlah...

Anonymous said...

kalo sme bende nak ader tax.. mane org x mara..ko kaye bole ckp..

Nasionalis1982 said...

bro-bro sekalian,
memang benar. kita marah bila dikenakan mcm2 tax tapi sbg pengguna kita ada hak untuk buat pilihan.
ukur baju di badan sendiri. ini bukan soal kaya atau tidak.

oldman said...

kerjaan sepatut kaji dulu cari suatu cara yg sesuai tidak merugikan mana pihak jgn biarkan ada pihak dengan sewenang wenangnya membuat sesuka hati saolah ia lebeh berkuasa pada yg berkuasa, menteri mainkan peranan jika perlu gunakan kuasa yg ada..terfikir saya tak boleh ke syarikat mega ni serap semua atau sebahagian cukai ini, mereka bukan syarikat kecil keuntunganya bukat sikit lagi pun 'pre paid' mereka dapat duit dulu perkhidmatan kemudian tak mungkin kan duit2 tu di labur niaga. Saya terfikir jua dia negara kita jelas kelihatan yg kaya betambah kaya dan mudah pulah menambah kekayaan yg miskin? renungkanlah sendiri.

Anonymous said...

aduh,klu sume nk kene tax skng ni,sape yg masyukkkk ni...???? pasni ape lak nk kene tax...???? aku nk g beli siap2...

Anonymous said...

jawapan nya tak payah la pakai handpone kalau 60sen pun nak bersunggut .... beli hanpone mahai-mahai buat melancap udah ler hahahaha

Anonymous said...

khhakhkahka!! ini penjilat jenis apa ni????? kalau nk tau tax2 tu semua nnti salur kt budak2 pasang poster pilihan raya nanti...nak hulur2 kt org kampung lagi, nk beli hadiah sejadah ngan beras sekampit lagi... byk nk pakai duit wooo!!!! berak lebih 2 kilo sehari xnk kira tax keee???

Anonymous said...

aku tak makan kat md,kfc,c bean dan apa lagi ,ayam pasar malam lg sedap,rokok pon rokok indon murah,orang yang bongkak je melepak temoat ni,masuk tak seberapa glamour je lebih.