Thursday, September 8, 2011

Video Lelaki 'Gila' Pukul Pelatih Jururawat



Penyiaran imej seorang lelaki yang menampar, menumbuk dan menyepak dua pelajar kejururawatan dalam sebuah klip video berusia setahun yang muncul semula dalam tempoh 48 jam lalu menimbulkan kemarahan pengguna Internet.

Klip video itu turut menunjukkan lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an berulang kali menakut-nakutkan mangsa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil di tempat letak kereta awam.

Video bertajuk 'Malaysian Heros' itu turut disebarkan dalam laman sosial Facebook.

Serangan itu kelihatan disasarkan kepada salah seorang pelajar wanita itu tetapi rakannya turut ditampar beberapa kali apabila dia cuba menyelamatkan mangsa sepanjang video selama enam minit tersebut.

Punca serangan itu masih belum diketahui.

Mangsa kelihatan meminta maaf kepada lelaki tersebut dalam keadaan menggigil ketakutan dan mengakui kesal dengan kesilapannya.

Bagaimanapun, lelaki tersebut menyuruh mangsa melutut dan meminta maaf.

Pelajar wanita itu terjatuh dalam posisi mencangkung sebelum lelaki tersebut menampar dan menendangnya semula.

Di awalan klip video itu, lelaki tersebut mengancam untuk melanggar mangsa dengan keretanya.

Kedengaran suara yang tidak jelas dipercayai datangnya dari mereka yang lalu lalang, mendesak lelaki tersebut supaya meninggalkan mangsa tetapi ianya tidak diendahkan.

Lelaki itu dipercayai ditemani kira-kira dua rakannya.

Salah seorang daripadanya merakam serangan itu manakala seorang lagi kelihatan meletakkan mukanya di leher mangsa.

Salah seorang daripada mereka turut berkata; Masuk ke dalam kereta dan saya akan periksa sama ada dia masih dara."

Klip video itu dihantar dibawah nama pengguna 'youhavebeenhacked88' yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara kelahirannya. - Mstar

No comments: