Friday, September 2, 2011

2 Sept 1998 : ANWAR DIPECAT

Pada tarikh 3 September 1998, terpampang gambar Anwar Ibrahim berpakaian baju melayu dan bersongkok di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk 'ANWAR DIPECAT'. Sesungguhnya berita pagi itu telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

Dan pada hari ini, genap 13 tahun Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan kabinet.
Alhamdulillah. Tun Dr Mahathir telah membuat keputusan yang betul dan tepat demi agama, bangsa dan negara. Satu persatu kisah sisi gelap Anwar dirungkai. Manusia yang penuh hipokrit.

Gambar dibawah adalah gambar yang terpampang di muka hadapan Utusan Malaysia pada 3 September 1998.


Dan berikut adalah sedikit petikan berita mengenai pemecatan Anwar pada hari 'bersejarah' berkenaan.

KUALA LUMPUR 2 Sept. 1998 - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selepas 16 tahun empat bulan berada dalam kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Kenyataan tiga perenggan Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan tepat pukul 8 malam ini mengumumkan, perlucutan jawatan tersebut yang berkuat kuasa pukul 5.30 petang hari ini telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Anwar, yang genap 51 tahun pada 10 Ogos lalu, menerima surat perlucutan jawatan itu pada pukul 7.05 malam di kediamannya yang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di Jalan Damansara di sini.

No comments: