Wednesday, September 7, 2011

Mat Sabu tak perlu bersusah payah masuk Akademi Fantasia untuk jadi popular

Hanya kerana 5 minit Mat Sabu beri ceramah mengenai komunis, beliau menjadi popular dalam sekelip mata.

Habis semua media utama, blogger, FB beri highlight yang sangat melampau kepada Mat Sabu. Boleh dikatakan, perayaan hari raya aidilfitri juga sama meriah dengan populariti Mat Sabu.

Mat Sabu berjaya membuktikan kepada semua. Untuk menjadi popular,
cukup setakat dengan mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi mengenai komunis durjana. Mat Sabu tak perlu masuk Akademi Fantasia atau Raja Lawak. Malah, tak perlu pun keluarkan video lucah mahupun gambar telanjang bulat untuk jadi popular.

Sehingga ke hari ini, beratus-ratus laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu. Namun tetap tiada penyelesaian dan kesudahan.

Isu-isu hot yang lain pula senyap begitu saja. Nampaknya, isu besar seperti gejala murtad di DUMC serta pemeriksaan JAIS berjaya dialihkan oleh Mat Sabu. Bravo!



No comments: