Sunday, September 4, 2011

Noramfaizul wartawan asing ke 38 yang terbunuh di Somalia


Sebanyak 38 wartawan asing termasuk seorang pekerja media dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan krisis di Somalia sejak 1992.Angka itu berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh laman web Jawatankuasa bagi Perlindungan Wartawan (CJP).

Jumlah itu termasuk korban terbaru membabitkan wartawan dari Malaysia iaitu seorang jurukamera dari stesen televisyen BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terkena tembakan ketika membuat liputan bantuan kemanusiaan di negara itu, semalam.

BERITA TERKINI

JENAZAH NORAMFAIZUL TIBA DI PANGKALAN TUDM SUBANG

Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini pukul 10 pagi tadi.


No comments: