Wednesday, May 25, 2011

Subsidi : Mereka yang berada di kerusi empuk sahaja yang buat keputusan

Sesiapa yang menonton Buletin Utama semalam tentu rasa lain macam. Hampir separuh daripada berita yang disampaikan dalam Buletin Utama adalah berkisar tentang subsidi. Banyak perkara dibincangkan. Ada temubual dengan ahli bijak pandai dan ahli ekonomi. Rata-rata mereka menyokong subsidi dimansuhkan secara berperingkat. Baiklah.

Saya tunggu juga temubual Buletin Utama dengan rakyat bawahan. Rasanya macam tiada. Elok juga soalan mengenai pemansuhan subsidi ditanya kepada operator kilang, nelayan, petani, peniaga pasar tani, kakitangan awam, penuntut universiti, pengutip sampah mahupun kerani bawahan. Kita lihat apa komen mereka. Tentunya berbeza 100%.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan harga petrol dan elektrik nak dinaikkan. Sahih atau tidak kita tunggu sahaja. Mereka yang berada di kerusi empuk sahaja boleh buat keputusan, bukan kita. Kita di bawah hanya ada kerusi empuk dalam kereta. Itupun kereta nasional.


3 comments:

Dot said...

adik2, abang2, kakak2, makcik2, pakcik2, aji hajah, tuan2 puan2 sekelian,


harga barangan di dunia ini dipengaruhi harga minyak di pasaran dunia. kita tidak menambat harganya

tahun 60'an:
beras 30sen sekati
gula 15 sen sekati
minyak masak 20 sen sekati
kuah-mueh 5 sen sebiji

tahun 70'an:
beras 75sen sekati
gula 30sen sekati
minyak masak 50 sen sekati
kueh-mueh 10 sen sebijik

tahun 80an:
beras 1.20sen sekilo
gula 1.00 sekilo
minyak masak 1.00 sekilo
kueh-muih 20sen sebijik

tahun 90an:
beras 1.70sen sekilo
gula 1.50 sen sekilo
minyak masak 1.25sen sekilo
kuih-muih 10/20 sen sebijik

tahun 2000+:
beras 2.10 sekilo
gula 1.75sen sekilo
minyak masak 1.50sen sekilo
kuih-muih 20/30 sen sebijik

tahun 2010 -kini:
beras 3.00sekilo
gula 2.50sekilo
minyak masak 2.50sen sekilo
kuih/muih 30/50 sen sebijik

habih tu takkan harga barang akan semakin menurun secara lojiknya...
bak kata pembangkang. kerajaan mana pun yg memerintah, malaysia akan maju jugak! mrk minta peluang memerintah supaya boleh rasa nikmat maju yg mrk keca[pi selama ni

tapi apakah mrk boleh MEJAMIN 100% bila mrk berkuasa, HARGA BARANG AKAN DITURUNKAN MENDADAK???

mustahil tuan2 & puan2

PEMBACA BLOG said...

kepada yg bising2 pasal harga minyak naik itu, jika anda adalah seorang :
1) perokok : harga rokok mahal tak bising ke? duti import dah naik byk dah tu..
2) peminum arak : harga arak tu mahal. apasal tak bising pulak? ketagih ke?
3) pembeli nombor ekor/penjudi : senang2 je keluar duit beli sesuatu yg tak pasti. apasal tak bising? boleh kaya cepat ke? tak fikir halal haram?
4) ada kereta atau motorsikal besar : keluar duit utk ubahsuai spy lebih sporty, rim mahal. apasal tak bising? boleh makan ke keta/moto cantik2 tu?
5) samseng jalanan : korang bazir minyak dgn merempit tu apehal? tak ke bangang namanya tu?
6)selalu makan kat luar : sekali sekala mgkn ok kot? tp jika saja nak tunjuk loaded kat girlfriend, jaga ego makan kat tempat2 konon ada class apesal tak bising? buang duit je kan?
7) kakitangan kerajaan : apesal nak bising plak? korang dah dpt mcm2 kelebihan. jgn tipu la kalau korang takde guna walau 1sen pun harta kerajaan bagi tujuan peribadi. contoh paling cikai kertas dan pen. kan korang dah dpt jimat kat situ. tp tak terfikir ke halal haram tu? jgn lupa pasal MC jugak ye. senang2 je dpt GAJI walaupun tak keje? kalau betul2 sakit takpela jugak, yg tipu tu ape cerita? tak terfikir ke dpt duit gaji tu berkat ke tak? kakitangan swasta pun tertakluk mengenai MC ini..
8) orang2 kaya : korang dah kaya. byk duit. buat apa bising. korang pakai kereta besar, suka2 pegi oversea, semua mewah. takkan minyak naik sen2 pun nak bising? tak malu ke?
9)remaja/anak2 : suruh belajar malas, nanti keje susah, gaji sikit. mulalah salahkan kerajaan. mentaliti subsidi. mak bapak bai duit utk makan, beli hp mahal2, beli top up, call aweks. apehal?
10) penagih dadah/penjenayah : toksah cerita la pasal sampah masyarakat ni..
11) pemberi dan pemakan rasuah : dapat ribu riban duit rasuah semata2 nak hidup mewah. golongan ni la paling celaka sebab susahkan seluruh rakyat. bila subsidi kurang, buat apa korang nak bising? gunakanlah duit rasuah tu..
dah korang tak fikir pun halal haram..mentekedarah je la semuanya.
12) mak bapak : beli perabot mewah, pakai barang2 berjenama, beli rantai gelang emas saja2 utk tayang kat org lain apehal? entah2 bayar zakat ke tak. beli sayur nak kat hypermarket. senang, ada aircond.tak main la kotorkan kaki kat pasar tani..

Anonymous said...

Setuju dengan saudara...

Kenapa tak interview rakyat marhaen...yg hidup kais pagi, makan pagi...kais petang, makan petang...

Jangan interview orang2 yg gaji beribu sebulan ni...kebanyakan nya pengampu2/barua2 tegar...punya kepentingan...

Mereka tak pernah kepasar/raya...yg pergi pasar/raya...pemandu, tukang kebun, bibik dia orang aje...jadi dia orang tak tahu tentang kenaikan harga barang...apa yg berlaku dipasar/raya...

Balik kerja...tau mentekedarah aje...tau bercakap yg lunak2 aje...SIAL...

Sorry...terpaksa menyumpah...meluat yg amat sangat...termasuklah Menteri2 yg terlibat...

PTUIHHH...

He he