Tuesday, May 24, 2011

CEUPACS dikritik lagi

Sebelum ini CEUPACS telah dikritik kerana mereka seolah-olah hanya memperjuangkan kelompok tertentu dalam perkhidmatan awam. Tuntutan yang dikemukakan CEUPACS kebanyakan hanya untuk golongan sokongan sahaja. Baca SINI.

Hari ini, CEUPACS sekali lagi dikritik.

Semuanya gara-gara saranan Presidennya agar usia bersara wajib bagi penjawat awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Tidak wajar usia bersara hingga 60 tahun

SAYA sebagai kakitangan awam tidak bersetuju dengan saranan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Othman, agar usia bersara wajib penjawat awam dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Pendapat atau cadangan Omar kadang kala 'agak menghiburkan hati' penjawat awam yang diwakili oleh badan berkenaan.

Tetapi ada masanya 'agak menjengkelkan' dengan idea yang hanya indah dalam bentuk angan-angan tetapi mengarut jika dijadikan kenyataan!

Pada asalnya usia bersara wajib penjawat awam ialah 55 tahun. Kemudian ditambah setahun lagi menjadi 56 tahun dan terakhir dipanjangkan pula menjadi 58 tahun mulai 2007. Kini mahu dilanjutkan pula sehingga usia 60 tahun?

Faktor mentaliti, kualiti kerja dan komitmen terhadap tugas dalam kalangan penjawat awam di Malaysia sebenarnya masih jauh daripada menyamai tahap pemikiran dan keupayaan yang dimiliki oleh negara-negara maju, walaupun Presiden CUEPACS cuba menafikannya.

Bayangkan, kakitangan awam yang baru mencecah usia 45 tahun hingga 50 tahun sudah banyak yang menjadi 'pelupa', 'merasa diri telah amat tua' dan 'menjadi perlahan dalam serba-serbi'.

Ini belum diambil kira golongan yang telah dihinggapi penyakit 'terkenal' dalam kalangan rakyat Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, lemah tulang, sakit jantung dan sebagainya tatkala usia semakin menghampiri 50 tahun.

Apakah tuntutan Presiden CUEPACS tersebut hanya semata-mata bersandarkan kepada alasan untuk 'melapangkan sedikit sumber kewangan penjawat awam' yang rata-rata banyak menanggung beban hutang?

Misalnya hutang rumah, kenderaan, pendidikan anak-anak, insurans kesihatan, kemalangan dan lain-lain?

Dengan memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan mereka, sekali gus memanjangkan juga tempoh bayaran balik hutang berkenaan?

Bagaimana dengan generasi anak-anak muda yang baharu hendak mencari penghidupan?

Perlukah mereka menunggu sehingga orang lama yang sudah lelah ini meninggal dunia terlebih dahulu baharu peluang kerja akan terbuka untuk mereka?

CUEPACS sebagai badan induk yang diwujudkan untuk menyuarakan hasrat kakitangan awam, sekali gus membela nasib mereka, ada masanya kelihatan bagaikan dipengaruhi oleh 'golongan tertentu' atau pun 'isu tertentu' sahaja.

Isu pelarasan gaji kakitangan awam tanpa mengira gred yang dilaung-laungkan oleh presidennya, sebagai contoh, boleh dikatakan relevan dan dialu-alukan memandangkan kos sara hidup meningkat berkali-kali ganda hanya dalam tempoh setahun.

Harga petrol dan diesel kerap kali naik. Apabila ini berlaku, harga barangan keperluan harian secara langsung akan ikut naik.

Bayangkan bagaimanakah kakitangan awam gred bawahan terpaksa berdepan dengan keperitan hidup apabila kos barangan dan perkhidmatan melonjak naik bebarapa kali setahun, sedangkan anjakan gaji tahunan mereka tidak sampai RM50?

Perkara ini yang lebih perlu difokuskan oleh CUEPACS, bukan tuntutan untuk melanjutkan usia bersara wajib sehingga 60 tahun!

Jika ini dipenuhi, adakah pada tahun-tahun akan datang akan diminta agar usia persaraan dilanjutkan sehingga 65 tahun pula?


9 comments:

Anonymous said...

dah lama dah cuepacs dok lena..kadang-kadang kita tengok dalam bicara rakyat presiden cuepacs lebih melatah dari fakta..tak nampak pun kemana hala tujuan sebenarnya cuepacs ni.

Anonymous said...

sepanjang aku berkhidmat, tak pernah pulak CEUPACS turun padang dan bersemuka dengan kakitangan awam.

CEUPACS patut buat dialog dan bukan buat keputusan semberono.

Anonymous said...

BAGI JER PRESIDEN CEUPACS KERJA SAMPAI UMOR 80 TAHUN..TENTU LEPAS NI DIA DIAM

Anonymous said...

TAHUKAH CEUPACS RAMAI PENJAWAT KERAJAAN YANG PERKHIDMAT DGN KERAJAAN SEKARANG BERKELULUSAN DIPLOMA DAN IJAZAH TAPI MEREKA MENJAWAT JAWATAN BERTARAF SPM SEBAB BAGI MEREKA MUNGKIN ADA PELUANG JAWATAN YANG LEBEH TINGGI MASA DEPAN TAPI NAMPAKNYA GOLONGAN INI SEHINGGA 10 TAHUN BERTUGAS MASEH TIDAK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT YANG SEWAJARNYA .MEREKA HABIS MASA BELAJAR DAN WANG RINGGIT MAK BAPA DAN TERPAKSA BAYAR PINJAMAN ,ADAKAH INI BAIK UNTUK GRADUAN KITA ? WALAU PUN MEREKA MENJADI AHLI KESATUAN YANG BERGABUNG DI BAWAH CEUPACS TAPI CEUPACS LANGSUNG TIDAK AMBIL PEDULI GOLONGAN SAPERTI INI, SEPATUTNYA CEUPACS BERJUANG UNTUK MEMBERI MEREKA SEDIKIT PENIKTIRAFAN SAPERTI SELEPAS BERTUGAS 5TAHUN DIBERI GRED YANG LEBIH TINGGI, SELAIN ITU CEUPACS JUGA PERLU PERJUANG NASIB PEKERJA KONTRAK YANG TELAH LAMA BERKHIDMAT.GAJI YANG DIPERJUANGKAN OLEH CEUPACS ADALAH SANGAT PERLU UNTUK MENGEKANG KENAIKAN KOS SARA HIDUP TAPI DALAM SOAL BERSARA SEHINGGA 60THN RAMAI PENJAWAT AWAM TIDAK SETUJU DLM HAL INI,SAYA RASA UMUR PERSARAAN 56TAHUN SUDAH MENCUKUPI KALAU NAK DI IKUTKAN ADA PENJAWAT AWAM YG MAHU KERJA SAMPAI 65 TAHUN TAPI BAGAIMANA DGN PRODUKTIVITI MEREKA?

Mae said...

Bagus jugak umur bersara dilanjutkan :

1. Kurangkan orang tua melepak dan sembang kosong.
2. Meringankan beban anak-anak dari menanggung ibu bapa yang tidak bekerja.
3. Orang tua lambat pencen tidak menjejas peluang orang muda untuk dapat rezeki. Rezeki ada dimana-mana dan Tuhan sentiasa beri rezeki pada hambanya. kalau tak dapat rezeki, bukan orang lambat pencen jadi puncanya.
4. Tidakkah kita rasa lega juga kalau ayah kita atau pakcik kita dapat terus bekerja.
5. Kesal dengan orang muda yang tuduh orang tua menghalang mereka dari dapat rezeki. Bebal betul orang muda-muda sekarang, tak ada didikan agama ke ?

az said...

umur wajib sara ini rasanya cukup2lah,kasi yang lain naik pulak, utk sampai 60tahun kasi kontrak je,
apa yang penting kenaikan gaji KENA menyeluruh dan sebaiknya golongan bawahan di utamakan, yang atas tu gaji dah besar bersama dengan macam2 imbuhan dapat,
lagi satu, MUTU PERKHIDMATAN ni juga lebih baik ditingkatkan dari sibuk2 nak naikan umur wajib sara tu.

Anonymous said...

Memang tak masuk akal...
Kalau yg lelaki tu bolehlah tahan juga...

Ini bab yg perempuan ni...kekuatan orang lelaki 60 tahun tak sama dengan perempuan 60 tahun...

Dah jadi nenek...jalan pun dah goyang, mata pun dah kabur...selalu sakit sakitan pulak...

Produktiviti?...

Boleh memenuhi piawaian ke?...

Itu yg Ceupacs kena renong2kan...

Jangan pakai sondol aje...

He he

Anonymous said...

kenapa nk smpai umor 60...
cukuplah smpai umor 56....
boleh lh diorang wt amal ibadah utk sisa - sisa hidup diorang....

mizie xx said...

cukup la umur 55/56 bersara..60 tu asa dh tua sgt.nk kena papah dh setengah tu..dpt pencen,buat amal ibadat lg bagus..kenaikan gaji atau elaun yg sepatutnya lebih diutamakan.tp jgn plak bla dpt, pakat2 serbu p bank amik borang loan plak..xkemana jgak la gaji tu..abih byr hutang...