Wednesday, May 4, 2011

Anwar Doll?


Saya telah melihat video sidang media yang dijalankan oleh Anwar Ibrahim di pejabat Keadilan Tropicana. Walaupun Anwar sering berbulu dengan wartawan, namun beliau dengan muka tak malunya beliau tetap menjemput wartawan datang ke pejabatnya. Umpama pungguk rindukan bulan kan? kan? kan?

Apa yang menarik dalam sidang media ini adalah kehadiran Hadi Awang, Presiden PAS. Saya agak beliau telah dijemput oleh Anwar Ibrahim untuk berjumpa dengan wartawan bagi menjelaskan isu video seks dan sumpah laknat Eskay.





Secara jujurnya, saya amat bersimpati dengan Hadi Awang. Tak pasal-pasal dia kena bersoal jawab dalam isu peribadi Anwar. Wartawan soal Anwar, tapi Hadi Awang kena jawab. Wartawan soal Anwar lagi, Anwar diam dan jegil mata pada Hadi Awang. Hadi Awang tak dapat buat apa dan kena jawab pada wartawan lagi. Wan Azizah sengih memanjang.


Adakah Hadi Awang sedar atau tidak yang dia sudah jadi Anwar Doll? Kawan-kawan, cepat selamatkan Hadi Awang. Jangan biar dia terus hanyut dalam 'pelukan' Anwar.



7 comments:

Anonymous said...

Hadi Awang itu baik orangnya. Cuma dia dikelilingi oleh orang yang kurang baik.

Hadi Awang kena buli.

Anonymous said...

Laa.. ni soalan video seks DSAI atau Hadi???? Dah kawtim nie, nak sokong Hadi kekal utk pemilihan parti.

Anonymous said...

Hadi Awang ooooii..sampai begitu sekali hang diheret ke Tropicana oleh Anwar.

Anonymous said...

cuba tengok reaksi riak wajah Stopa Ali, beliau semacam sedang memikirkan sesuatu!!

Anonymous said...

Demi KUASA...
PAS sanggup dicucuk hidung..

Cegah kemungkaran PAS hanyalah pada UMNO..
TEtapi tidak kepada Anwar...

Ternyatalah PAS menolak Islam ke tepi...

PAS..ohh PAS..

Anonymous said...

sebagai seorang ulama hadi sepatutunya jawap "kita memang tak percaya lelaki pelakun filem prono tu dsai, kita yakin itu adalah seorang lelaki yang menyamar sebagai dsai, dan dalam dunia ini ada 7 orang yang mirip dengan kita. so kami pakatan rakyat dah sepakat akan amalkan sembahyang hajat dan bacaan yasin selama 40 malam berturut-turut dan doakan agar lelaki misteri yang berlakun sebagai dsai itu dilaknat allah dan ditimpa penyakit yang tiada ubatnya di dunia ini" kemudian kita pakat tengok reaksi lelaki Y, dan nilaikanlah.

Anonymous said...

Pemimpin Pakatan Rakyat bersikap ego dan gila kuasa. Selepas gagal merampas kuasa cara pintu belakang pada 16 September 2008 mereka kini berusaha pelbagai cara demi mengejar cita-cita menawan Putrajaya. Mungkin mereka boleh menang dikawasan majoriti bukan Melayu tetapi dikawasan majoriti Melayu BN menjadi pilihan. Selagi PAS bersekongkol dengan DAP sokongan Melayu kepada PAS akan merudum. Sudah banyak contoh yang mengguris hati berlaku kepada orang Melayu di Selangor dan Pulau Pinang.