Monday, April 18, 2011

Malam minggu yang lalu : Penyokong PAS oiii...tak tengok Akademi Fantasia ke?


Tahniah rakyat Sarawak kerana terus memberi kepercayaan kepada BN untuk memimpin negeri anda.


Walaupun BN kehilangan 8 kerusi dalam pilihanraya kali ini namun kemenangan yang dicapai adalah tetap signifikan. Tak mengapa, 'masalah hilang kerusi' itu boleh difikirkan kemudian. Yang penting sekarang adalah menunaikan segala janji yang ditabur ketika tempoh berkempen dahulu.


PKR hancur..PAS tenggelam. Cuma DAP yang sedap. Mereka bertanding 15 kerusi dan cuma kalah 3 kerusi. It's ok. Ini membuktikan pilihanraya Malaysia adalah adil dan saksama.


Pada malam minggu hari tu, penyokong BN bersemangat lepak depan tv untuk mengikuti keputusan pilihanraya negeri Sarawak walaupun pada waktu tersebut rancangan Akademi Fantasi sedang live di Astro Ria.


Penyokong PAS dah tak berselera nak ikut pilihanraya Sarawak. Memang dah tahu parti mereka akan akan bungkuih. Disebabkan terlalu frust menonggeng, penyokong PAS berdiri depan tingkap rumah dan mendongakkan kepala ke langit macam hantu Kak Limah.


Kemudian, Usin sebelah rumah datang menyapa "Penyokong PAS oiii..tak tengok Akademi Fantasia ke? Tak nak tengok Aznil Nawawi?

2 comments:

hafiz said...

Mereka gembira sebab abang besar (DAP) menang..hehehe

Ms Pearl said...

Akademi Fantasia pun CRAP
so lebih baik tidur je kalau I jadi PAS heeheheheh