Tuesday, March 29, 2011

Video Seks : Langsung TIADA desakan penubuhan Suruhanjaya Diraja


Melihat kepada perhimpunan program ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat malam tadi bertempat di Stadium Melawati, langsung tidak kedengaran desakan oleh pemimpinnya supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dalam mencari keadilan dan kebenaran.

Anwar Ibrahim berkata "dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan". Ye ke??..dalam pilihanraya kecil pun dah memanjang kalahnyeee.

Lim Kit Siang pula mencadangkan "persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama." Suruhanjaya tak mahu, tapi nak meja bulat pulak.

Hadi Awang punya cadangan ok sikit. Beliau mahu "jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya..perlulah disiasat". Yang penting..siasat siapa pelakonnya kannn !!

Nampak tak...langsung tiada desakan pemimpin Pakatan untuk tubuh Suruhanjaya Diraja. Masa kes Teoh Beng Hock, video VK Linggam korang bukan main..melalak sana sini minta Suruhanjaya Diraja.

2 comments:

Anonymous said...

apa kejadahnya meja bulat tu??? boleh tangguh sampai 50kali gak ke??

Anonymous said...

Meja main mahjung kot hehehe....
Selama ni mereka menyalak suruhanjaya diraja untuk besarkan isu dan buang duit rakyat sahaja. Lagipun ini idea Datuk Trio bukan idea mereka, jadi tak nampak hero.