Tuesday, March 15, 2011

Anwar berjaya 'menegarakan' masalah liwat


Sebenarnya kediktatoran Mubarak tidak mampu mencapai taraf kediktatoran Anwar kerana Mubarak tidak mampu meletakkan isterinya sebagai Presiden, orang yang paling istimewa bagi dirinya sebagai Timbalan Presiden, dan anaknya sendiri sebagai Naib Presiden parti dalam satu masa.

Beliau jugalah yang mencipta sejarah politik tanah air dan mungkin juga di dunia ini dengan mengarahkan isterinya meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen sebaik setelah beliau ditangkap dengan salah laku jenayah.

Kebiasaannya seorang ahli politik akan melepaskan jawatan bila disabitkan dengan kes jenayah namun bagi Anwar dia mengarahkan isterinya meletakkan jawatan sebaik selepas beliau ditahan agar dia boleh bergayut dengan jawatan politik dalam menghadapi kes salah laku jenayah peribadinya dan mengheret kes peribadi itu menjadi kes politik.

Maka seluruh negara di heret dalam menghadapi kes peribadinya. Masalah peribadinya menjadi masalah negara. Mubarak dan Ghaddafi sekalipun tidak punya kemampuan memutar belit ‘menegarakan’ masalah peribadi mereka sehebat yang dilakukan Anwar!

-Ezam Mohd Noor, Mingguan Malaysia 13/3/2011

1 comment:

Double Y said...

Salam bro.. minta izin utk follow dan paut blog bro di blog saya..

dulu pernah follow di longest yard.. baru tau org yg sama.. tq.

http://yuseriyusoff.blogspot.com/