Monday, March 21, 2011

Libya rentung dibedil Tomahawk. Mana pergi suara penyokong kempen 'Free Libya'?

Krisis Libya semakin menampakkan wajah SYAITAN yang sebenar.

1. Tentera Bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat telah membedil Libya setelah mendapat kebenaran PBB.

2. 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan oleh Tentera Bersekutu dalam operasi yang diberi nama Operasi Odesi Subuh.

3. 148 orang dilaporkan terbunuh manakala 150 lagi cedera.

4. Tentera Bersekutu akan menggunakan 'semua yang termampu' terutamanya dalam bidang ketenteraan untuk menguatkuasakan resolusi PBB.

Sekarang, siapa akan bantu Libya? Siapa akan bantu saudara seagama kita di sana?
Ada sesiapa di sini yang menyokong tindakan Tentera Bersekutu menyerang Libya?

Apa pula pendapat mereka yang menyokong kempen 'Free Libya' dahulu? Adakah mereka suka dan bersetuju dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa oleh Tentera Bersekutu?




2 comments:

aku said...

Amerika dan sekutunya cuma mahukan 'gelombang' pemberontakan rakyat bermula.....dan tujuan sebenar adalah untuk menjatuhkan pentadbiran Gaddafi di Libya...sepertimana yang pernah berlaku di Iraq...yang antara lain nya ingin menakluk negara itu secara 'total'....atas kepentingan menjatuhkan negara Islam khususnya.....dan kekal 'berkuasa'...

pertempuran ini tidak akan berakhir walaupun rakyat Libya menyokong kembali Gaddafi...kerana matlamat Amerika dan sekutunya itu jelas....dan sama sekali tidak akan mempedulikan nasib rakyat Libya....seterusnya hanya menyaksikan bantuan negara2 lain yang mampu untuk membantu.....termasuklah memberi tekanan....

buat yang lain seharusnya....mendoakan agar kedaulatan negara itu tetap terpelihara....mengharapkan mereka di kalangan rakyat bahkan pemimpin yang berada di pihak yang Benar diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T....(apa akan jadi pada Hizbullah...?)

PAS sama sekali tidak lagi diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia....biarpun apabila PAS meninggalkan PR...pengkhianat seperti ini....bila2 masa akan 'menjual' negara....bahkan agama untuk dunia dan kuasa....giler biol kalau masih nak percaya lagi kat depa.....

PKR dan DAP kafir harbi....apa lagi nak dikatakan...? sudah jelas perjuangan depa selama ini....hanya omong2 kosong...'manipulasi'...'penipuan'...yang cuma diangkat oleh PAS hanya untuk menjatuhkan UMNO....walaupun yang sebaliknya PAS yang diperkudakan....apa sudah jadi?

wallahu'alam...

akmy said...

Setelah ejen-ejen CIA dan Mossad berjaya menimbulkan huru hara di seluruh Tanah Arab dan yang paling mereka mahukan ialah Libya yang merupakan musuh nyata kepada Israel, disamping kaya dengan minyak. Tindakan Ghadafi telah hampir berjaya menghapuskan pengkhianat negara itu. Dalam masa yang sama, ejen yahudi telah terperangkap dan tidak sempat lari kerana pada awalnya mereka menjangka Ghadafi akan jatuh. Maka sebab itu Amerika segera bertindak agar tidak terlepas peluang menguasai minyak Libya dan menutup dari kantoi akan perbuatan ejen mereka yang mengapi-apikan agar rakyat Libya menentang bangsa mereka sendiri. Israel yang telah setiap masa menindas,merampas tanah dan membunuh rakyat Palastine, tidak pun diambil tindakan segera seperti ini.