TUN DAIM: Tun Dr. Mahathir membawa Anwar masuk UMNO di awal tahun 1982, sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri. Sejak itu saya kenal Anwar. Ini kerana Tun Dr. Mahathir menyokong Anwar di semua segi, Anwar naik dengan mendadak dalam kerajaan, dari Timbalan Menteri hingga Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dalam jangka kira-kira 10 tahun saja.
Dalam UMNO pula dia naik dari Ketua Pemuda UMNO hingga ke Timbalan Presiden pada jangka masa yang sama. Semua ini termungkin kerana Tun Dr. Mahathir melihat Anwar sebagai calon utama untuk ganti beliau bila tiba waktunya. Jadi ketika itu seluruh jentera di belakang Presiden UMNO juga bergerak serentak menyokong Anwar.
Tanpa Tun Dr. Mahathir dan jentera UMNO di belakangnya, Anwar tak mungkin menjadi Timbalan Presiden parti. Apa yang berlaku sehingga beliau dipecat daripada UMNO bukan satu konspirasi politik.
Teori konspirasi politik itu sengaja dicipta Anwar kerana mahu dirinya dilihat sebagai 'The Fall Guy, iaitu insan yang dianiayai guna meraih simpati serta sokongan bagi menutup hakikat kecacatan peribadi sendiri.
Pada pengamatan ramai, Anwar tak menunjukkan kebolehan luar biasa sebagai pentadbir. Tidak nampak sebarang 'reformasi' di mana-mana kementerian yang dipegangnya ketika menjadi Menteri. Kehebatannya lebih kepada seorang, yang pintar berpidato bagi membakar semangat dan emosi khalayak walaupun isi ucapan cuma igauan politik saja.
Berdasarkan ini, sekarang ini rakyat tak yakin Anwar boleh jadi pemimpin yang berkesan, meskipun setelah kesnya di mahkamah selesai.
Petikan dari Mingguan Malaysia
No comments:
Post a Comment