Penantian akhirnya terjawab apabila lawan Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa 26 Mac ini bukan pasukan berstatus kebangsaan, sebaliknya hanya sebuah kelab iaitu dari Liga Singapura.
Biarpun nama kelab itu tidak diketahui, sumber mengesahkan perlawanan tersebut telah ditetapkan dengan gelanggang perlawanan adalah di Singapura.
Ia adalah perlawanan kedua buat skuad bimbingan K. Rajagobal musim ini, selepas menewaskan Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam 9 Februari lalu. - Utusan Malaysia
Alahai FAM...ini sahaja yang mampu anda buat? Kalau jadual dah disusun dari awal, takde la kalut sangat nak pilih negara lain untuk lawan dengan team Malaysia. Alih-alih dapat lawan team berstatus kelab je. Sabor jela. Kalau menang pun tak guna jugak sebab keputusan perlawanan tu tak akan diambil dalam menentukann ranking FIFA.
No comments:
Post a Comment