Thursday, March 10, 2011

Sukar Untuk Maafkan Anwar: Dr Mahathir


KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah sukar baginya untuk memaafkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tindakan bekas Timbalannya memburuk-burukkan beliau di mata dunia.

Dalam autobiografinya "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" yang dilancarkan semalam, Dr Mahathir berkata selepas dipecat, Anwar menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat pemecatannya adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menghalangnya menjadi perdana menteri.

Anwar juga katanya, meluangkan banyak masa mengampu pemimpin Umno peringkat bahagian dan anggota di cawangan bagi mengangkat dirinya terutama pada kalangan orang kampung, dan menjadikan beliau sebagai seorang yang zalim di mata alim ulama.

"Tidak dapat dinafikan Anwar seorang yang berkarisma dan beliau tahu bagaimana mendapatkan sokongan rakyat. Semua yang saya lakukan untuk Anwar sebelum ini diketepikan begitu saja. Saya dilihat sebagai menzalimi beliau dan mencampakkan beliau ke penjara, seolah-olah tanpa dibicarakan.

"Apabila nama saya disebut dalam buku atau artikel, saya digambarkan sebagai Perdana Menteri yang memenjarakan Timbalannya. Hakikat bahawa beliau didakwa dan dibicarakan di mahkamah tidak pernah disebut," katanya.

Mahathir berkata sebagai seorang yang pemaaf, beliau banyak menghidupkan semula kerjaya pemimpin yang cuba memusnahkannya menerusi politik, malah menamakan seorang daripada mereka sebagai pengganti beliau, tetapi mendapati sukar untuk memaafkan Anwar.

Beliau juga berkata Anwar gagal menjadi Perdana Menteri hari ini kerana tindakan sendiri.

"Beliau tidak memberi saya sebarang pilihan kecuali memecatnya dan saya lakukan apa yang saya fikir baik untuk negara. Saya mungkin telah melakukan banyak kesalahan tetapi memecat Anwar bukan satu daripadanya," kata beliau. -Mstar

5 comments:

Anonymous said...

Salam.Kalau benar Tun Dr M sengaja nak buang Anwar,Buat apa Tun ambil anwar dari lubang najis dulu masa beliau dalam penjara? Memang anwar ibarat anjing yang mengigit tuannya.satu kesilapan yang Tun pernha buat hanyalah melantik Tun abdullah sebagai PM.

Anonymous said...

Anwar akan terloncat-loncat bila baca buku Tun Dr M nih..huhu

Anonymous said...

Tun Dr M memang pemimpin terbaik!!!!

kelapa mawar said...

SALAM..

IKUTI PANDANGAN PENDUDUK SABAH TERHADAP KETOKOHAN TUN MAHATHIR MELALUI http://kelapamawar.blogspot.com/

Dot said...

Tun did a good thing by sacking that ungrateful man! My family - arwah my ayah, my mak, sisters & brother never doubted Tun's decision. and it's been proven RIGHT! nwar is the greatest liar like his other companions in US...