Friday, February 11, 2011

Menjelang PRU13 : Daftar pengundi baru meningkat 117% !!


Lihat data dibawah. Daftar pengundi baru naik mendadak. Suku terakhir tahun 2010 sahaja sudah mencecah hampir 300 ribu orang pengundi baru.


Pada awal tahun 2010, bilangan pengundi baru yang mendaftar pada kadar 100 ribu hingga 200 ribu sahaja. Oleh kerana pengaruh spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan pada tahun 2011, maka bilangan yang mendaftar sebagai pengundi baru meningkat 117% !!

SPR memaklumkan bahawa jumlah permohonan baru itu sama dengan situasi pada tahun 2007 di mana ia mengalami peningkatan ketara menjelang pilihanraya umum ke-12.

Dipercayai bahawa parti-parti politik akan lebih agresif menjalankan operasi gerakan pendaftaran bagi mencari pengundi baru. Demam pilihanraya makin hampir !!

Siapa yang sudah layak mengundi tapi belum mendaftar, sila tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat. Pergilah mendaftar.

Anda boleh pergi ke TM untuk mendaftar line telefon dan streamyx. Anda boleh pergi ke KWSP untuk keluarkan duit. Anda boleh pergi Imegresen untuk buat passport. Anda boleh beratur panjang untuk beli tiket bola sepak. Tapi, kenapa pula anda tidak boleh pergi mendaftar pengundi baru?

Sedarlah sebelum terlambat. Satu undi mampu mengubah hidup anda.


2 comments:

Anonymous said...

sekarang ramai yang dah demam PRU13. Bila hari mengundi lagi ramai akan demam.

Bila keputusan PRU keluar nanti, confirm lagi ramai yang demam..huhu

Anonymous said...

pada pilihanraya 2008, pakatan tawan beberapa negeri....apakah peningkatan mendadak ini juga merupakan satu lagi petanda tsunami ? SPR mengatakan peningkatan jumlah pengundi sepertimana berlaku pada 2007...PRU13 pasti penuh gelora...