Monday, April 19, 2010

Serangan menggila blogger hantui Pakatan Rakyat

Dasyat..dasyat..itulah yang dapat diungkapkan mengenai dunia blog sekarang. Lebih-lebih lagi dengan kehangatan pilihanraya kecil di Hulu Selangor yang sekarang ini sedang melalui waktu berkempen.

Aku perasan yang dalam tempoh dua tiga hari ni seperti ada satu macam aura yang meresap ke dalam para blogger jalanan yang pro-BN. Semuanya bersemangat untuk mengkritik, menghentak dan melanyak Pakatan Rakyat secukup-cukupnya. Pertama kali dalam sejarah, puak pakatan terpaksa menggunakan taktik defensif dalam berkempen. Biasanya mereka yang bebas menyalak menyerang calon BN dalam pilihanraya kecil terutamanya dalam isu peribadi.

Mana mungkin kita lupa ketika pilihanraya kecil di Permatang Pasir dulu, isu peribadi calon BN di jaja di blog dan di pentas ceramah hingga jatuh terduduk kita dibuatnya. Tiada tempat untuk menangkis serangan mereka.
Dan sekarang suasana dah berubah. Giliran puak pakatan pula menerima akibatnya. Macam tajuk lagu kumpulan Scorpion 'What You Give You Get Back'. Peribadi calon PKR di Hulu Selangor sekarang jadi bahan para blogger untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Kenapa perkara ini harus dilakukan?

Bagi aku, Ia harus dilakukan bagi membolehkan pengundi mengetahui peribadi bakal wakil rakyat mereka. Pakatan Rakyat jangan cuba berlakon jadi budak baik. Dah pandai pula terhegeh-hegeh pula pergi mengadu pada polis dan SPR. Aku tengok Pakatan Rakyat sudah mula 'menasihatkan' semua pihak tidak terlalu mempercayai fakta atau berita yang disebarkan melalui blog. Ceh...kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

Pakatan Rakyat, aku tahu maksummu hanya sementara ketika anda sedang dilanyak secara menggila oleh blogger pro-BN.


Kepada blogger pro-BN teruskan perjuangan anda !



1 comment:

Unit Media Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin mengucapkan syabas buat anda kerana pengendalian blog anda yang begitu menarik dan artikel2 yang tangkas dan berani.

Kami ingin menjemput anda mengunjungi blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel yang kami kemaskini.

Kami juga mengalu2kan penyertaan anda sebagai salah seorang follower di blog kami.

Kami telah link blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami.

Di harap kita dapat bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju