Friday, April 30, 2010

Berpada-padalah kita, jangan sampai polis merajuk...



Kalau nak komen fasal kes remaja 14 tahun yang ditembak oleh polis tu boleh. Siapa pun tak kisah. Cuma jangan terlalu emosional hingga melukakan hati mereka. Polis yang terlibat dalam kes tu mungkin seorang dua dan jaminan pun dah diberi oleh KPN bahawa jika didapati bersalah mereka akan diambil tindakan.

Masalahnya sekarang adalah isu ni dah terpalit kepada semua warga PDRM. Jangan sampai satu ketika, kita yang nampak polis terus terfikir “polis ni bawak pistol..silap-silap dia akan tembak aku”. Yang dewasa mungkin boleh berfikir secara rasional lagi. Kalau budak-budak macam mana? Diam tak diam, pemikiran mereka mungkin dah tertanam yang polis jahat dan suka tembak orang.

Ahh..lupakah kita yang polis itu kan manusia juga. Yang sanggup bergadai nyawa mempertahankan ketenteraman awam, menjaga jalan, menjaga kawasan perumahan.

Berpada-pada bila mengulas isu sensitif ni. Janganlah pula sampai polis merajuk…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

13 comments:

Anonymous said...

kita rakyat semua sanjung polis dan sentiasa hargai khidmat polis. tapi, janganlah sampai polis tak boleh ditehur. tegur kerana ada sbb - budak 15 thun kena tembak. jgnlah KPN nak merajuk, marah2 dan nak tarik semua polis dari bertugas menentang jenayah. KPN kenalah admit polis dah buat silap dlm kes tembak budak ni. bila silap, mengakulah, jgn nak melenting bila rakyat tegur... ! sabar KPN..

Anonymous said...

satu soalan.. polis tahu ke
sapa yang dlm kereta tu? umurnya?
jantinanya? bangsanya?
jam 2 pagi.. boleh nampak ke?

Anonymous said...

biarlah perkara ini disiasat dahulu apa sebenarnya berlaku. Kenapa terus menghukum keseluruhan
agensi polis kerana 2 atau 3 anggota yang terlibat. Tugas polis adalah menjaga keselamatan negara dan kita memerlukan mereka. Anggota polis juga manusia biasa yang tidak terlepas dari menlakukan kesilapan bukan semuanya 100% bagus. Mungkin niat polis itu menembak tayar kereta tapi nasib tak baik lain pulak yang kena. Dah sampai ajal adik amirul mati begitu, dah takdir tuhan. Ibubapa pun cuai kerana tidak mengawal anak keluar waktu yang tidak sepatutnya. Keberanian adik amirul memandu kenderaan menunjukkan dia dah biasa membawa kenderaan kakaknya bukan pertama kali. Begitulah akibatnya kalau diberi kebebasan kepada budak-budak bawah umur dan tak matang. Semoga allah mencucuri rahmat ke atas adik amirul.

konek said...
This comment has been removed by a blog administrator.
yoy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
San said...
This comment has been removed by a blog administrator.
reek said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Boleh said...
This comment has been removed by a blog administrator.
coolooc said...
This comment has been removed by a blog administrator.
My Longest Yard said...

Komen di atas terlalu jijik. Menggambarkan kedangkalan individu yang menulisnya. Jadi aku terpaksa delete. Tq.

Anonymous said...

salam,

anon 12.23pm,

macam mana tak merajuk? nak sabar macam mana lagi kalau siapa saja boleh memaki hamun polis sesuka hati seolah2 semua polis salah? ada pulak kempen bencikan polis! apa nak jadi ni? puak pembangkang pula boleh kata apa saja yg mereka suka tapi pihak polis asyik dipaksa mengaku salah dalam segala hal!

kalau aku jadi kpn, aku arahkan polis mogok sehari saja. tengok apa akan terjadi???? sapa brani jamin???

memang puak pembangkang ni suka main politik semata2. ntah apa yg mereka berjasa sangat selain selalu menimbulkan ketegangan - OPPORTUNISTS ALL . pegi mampusla & jgn cari polis jika puak2 kamu ditimpa kesusahan. pandai2la selesaikan masalah sendiri..

Anonymous said...

salam,

tak abis lagi geram aku!!

mari tengok apa pembelaan pada pelajar kolej yg mati terjatuh bangunan dikejar orang pejabat agama? pr taknak campur kes ni ke?

tengok plak apa terjadi pada adik bakri yg telah dilanggar olep mp dap mabuk ari tu?

apa plak yg dapat kita tengok dalam kes tentera yg dilanggar mati oleh pemandu tian chua? mengapa bercanggah benar laporan polis pemandu berbanding laporan 2 saksi kejadian tu?

bagai mana pulak pembelaan untuk ramai lagi anggota polis yg dirempuh hingga cacat oleh mat2 rempit, pemandu2 mabuk, penjenayah2kecik besar & pesalah lalulintas yg lari dari kepungan polis? apa pula pembelaan utk keluarga ibubapa polis? anak2 polis? isteri2polis? takkan nak biar kerajaan saja dapat PAHALA membela polis & keluarga mereka nih??? mana keADILannya??

hal2 ni semua, dap, pas, pkr, pr nak diamkan saja ka? mana KEADILAN utk mereka semua?

membalama

Anonymous said...

polis tu terrer kan boleh tembak tepat ke kepala dgn keadaan yang cemas, dengan kereta pulak dipandu laju dan dalam keadaan gelap....cayalah....memang berjaya latihan polis yang dibuat tu...

p/s: pembangkang akan amik semua kes yang boleh memberi value pilitik kepada mereka walaupun perangai mereka tu memang jijik....